Ubat Stress

Biasalah. Ada masa-masanya kita tak mampu mengawal emosi. Rasa marah, sakit hati, bengang, kecewa dan semua yang berbaur negatif.

Saya, apabila stress dan emosi-emosi di atas mula menyerang, saya mula semput, sesak nafas, nak bernafas amat sukar sekali. Saya takde asma tapi ini memang yang terjadi pada saya apabila stress. Baik stress yang saya sedar atau tak sedar. So, bila saya start rasa susah bernafas, saya tahu saya mula stress.

Dulu, saya layankan. Tapi apabila saya membaca dan mengetahui keburukan membiarkan stress berpanjangan tanpa dikawal, saya belajar untuk mengelakkannya, dan jika ia hadir, saya kawal. Alhamdulillah .. asalnya stress bukan saja buat saya semput, tapi sakit perut macam senggugut dan migraine.

Caranya, saya …

  • Katakan MAHU kepada sihat dan cantik, disayangi, dihargai dan diperlukan. Antara penyebab stress ialah kita merasa kurang dihargai.
  • Katakan YA kepada kehidupan yang AKTIF. Bangun! Jangan berbaring dan termenung. Kesat airmata sedih, airmata tahan mengantuk dan bangun serta mulakan bergerak!
  • TARIK NAFAS yang panjang dan dalam … dan SENYUM. Sebuah senyuman mampu mengubah hari anda. InshaALLAH.
  • Mulakan AZAM baru. Stress sebab orang taknak dengar arahan anda? Lupakan dia. Dalam hidup kita hanya FOKUS KEPADA APA YANG KITA MAHU DAPAT. Ingat! Kita ada PLAN A, PLAN B sampai PLAN Z.
  • LUPAKAN manusia, perkara dan peristiwa yang menyakitkan hati dengan cara menyibukkan diri. Anda boleh kemas rumah, baca buku (saya syorkan jangan baca novel cinta, tapi baca buku-buku yang membina minda dan motivasi, kerohanian.. terbaik Al Quran), cuba hafal surah-surah pendek dalam Al Quran, cabar diri untuk dapat kenalan baru yang cantik dan baik setiap hari, cabar diri untuk cuba benda baru dll. Pendek kata – SIBUKKAN DIRI.
  • Bermain dengan anak-anak. Untungnya saya kerana ada 24 jam masa bersama mereka. Saya stress? Saya peluk mereka. Saya silent kan handphone dan luangkan masa bersama mereka ; layan anak-anak main, belajar, jalan-jalan ke taman permainan, call opah di kampung dll.
  • Tidur. Dalam ilmu minda bawah sedar, tidur adalah antara kaedah yang bagus dipraktikkan untuk mencari jawapan kepada sebuah kebuntuan. Tak percaya? Anda bengang barang hilang tak jumpa? Relax. Buat benda lain yang tak berkaitan. Paling mudah tidur. Idea di mana barang itu berada akan muncul. (yang ni mungkin saya boleh cerita dalam entry yang lain, but it REALLY WORK!)
  • Oh ye! Elakkan tulis bukan-bukan kat Facebook, blog dsb yang bersifat di alam maya .. huhu! Anda akan lebih stress dengan consequence nya.

InshaALLAH. Semoga bermanfaat.

Anda bagaimana? 🙂

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...