3 Syarat Ber’Facebook’ dan ber’blogging’

Suami saya adalah penyokong kuat dan pengkritik terhebat saya untuk menjadi seorang wanita yang berjaya, bukan sahaja di dunia malah di akhirat. Memang, sokongan dia buat saya rasa gagah, kritikan dia buat saya rasa perlu betulkan kesilapan (walaupun telinga pedih dan hati sakit masa kena kritik tu)

Suami saya beri 3 syarat penting yang saya perlu patuhi jika mahu terus ber’Facebook’ dan ber’blogging’. Syarat yang sangat asas tapi ya.. sejak saya apply ketiga-tiga syarat ni, hati saya tenang. Alhamdulillah.

Semoga boleh jadi panduan dan bermanfaat untuk semua.

  1. Hanya ceritakan perkara-perkara yang seronok, gembira, best dan yang seerti dengannya SAHAJA di Facebook dan blog, especially berkaitan dengan family.
  2. Jadikan Facebook dan blog sebagai medan, tempat, medium untuk berdakwah
  3. Untuk urusan business (Shaklee la of course kan? hehe)

Simple je kan?

Kiranya, selain daripada yang 3 tu, jangan buat, elakkan.

Tapi, still, walaupun saya alhamdulillah berjaya apply benda-benda ni, saya masih lagi rasa ada yang perlu diperbaiki. Sebab kadang-kadang saya perasan bahasa saya ‘bisa’. Tapi perlu juga macam tu kan? Especially hal-hal berkaitan agama ni.

Orang mudah mengenal dan menilai kita melalui Facebook dan blog. Orang boleh detect jika kita ada masalah dengan suami ke, family ke, kawan-kawan ke hanya dengan baca status di Facebook. Orang boleh tahu yang kita ni kesunyian tiada berteman hanya melalui status di Facebook. Orang boleh tahu kita ni tengah gaduh dengan boyfriend hanya dengan status di Facebook.

Pendek kata, sekilas status di Facebook, dah tahu isi hati dan keinginan si pen’shout’ status. Haha. Sebab tu suami saya beri syarat-syarat tu, sebab nak jaga isteri kesayangan dia ni juga. Sebab apa? Orang akan ambik kesempatan atas benda-benda negatif yang kita sengaja tonjolkan.

As for me, saya suka melawat Facebook rakan-rakan yang buat bisnes especially from my Shaklee team lah, full of motivations dan beri saya idea dan semangat. Penuh dengan aura dan cas-cas positif. Eh? Baru-baru ni saya bangga sekejap dapat compliment daripada member suami yang mengatakan saya seorang wanita yang bersemangat, bermotivasi.

Bukan mudah nak transform diri kalau pasangan jenis pak turut. Mujur suami saya ni ala-ala garang juga. Garang-garang sayang gitu..

InshaALLAH. All the best dalam ber’Facebook’ dan ber’blogging’!

Facebook saya >> Hadhatina Mkb 😉

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...