Emak Anak 5

Alhamdulillah.. pada usia perkahwinan yang ke-9 tahun, kami adalah parents kepada 5 orang anak yang sihat, cerdik dan comel.

 

Laju juga saya beranak sebab 5 orang dapat semasa anniversary ke-8 tahun lepas. Mujurlah saya ni jenis kuat makan suplemen, rajin bergerak buat kerja-kerja fizikal dan agak tahan lasak.. alhamdulillah badan bukan aje sihat malahan maintain berat masa zaman anak dara sampai sekarang 😉

 

Icha, Bella, Am, Anna dan Aqasyah. Sumber inspirasi dan kekuatan saya dan suami. Bila dapat anak cepat dan ramai pula tu, kami belajar dan matang lebih cepat juga.. dari satu situasi ke satu situasi kami belajar handle bersama.

Paling penting, kami belajar tanpa campurtangan orang lain walaupun family. Sesekali saja kami minta pendapat ahli keluarga untuk kami buat apa-apa sesuatu decision.

Semoga anak-anak emak membesar sebagai manusia yang berguna kepada masyarakat, dan hidup bahagia di dunia dan di akhirat, sebagai hamba yang dicintai dan diredhai ALLAH swt.

Emak redha dan halalkan segalanya untuk korang 🙂

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...