Western Mediterranean Cruise, Trip Shaklee 2018 – Travel Briefing Update

Malam Sabtu lepas, saya dan suami telah menghadiri travel briefing untuk Shaklee International Incentive Trip 2018. Cuba teka ke mana Shaklee belanja kami tahun ini?

Alhamdulillah.. kami dapat join trip free Shaklee ini setiap tahun sejak 2013 lagi. Ada yang kami join, ada juga yang kami hadiahkan pada parents.

Syukur sangat ditemukan dengan bisnes ini. Niat buat bisnes kerana anak ini telah membuka banyak pintu rezeki tak terjangkau fikiran, serta beri peluang pada kami untuk bantu ramai orang. Alhamdulillah.. rezeki anak-anak sebenarnya.

Okeylah.. Trip tahun ni istimewa kerana pihak Shaklee arrange reward percutian kami di atas kapal terbesar di dunia, Symphony of the Sea!

Memang besar betul kapal ni. Kata Puan Maziah, VP Sales Shaklee, kami boleh sesat selama 2 hari kalau tak follow apa dia pesan. Aduh.. duh.. duh..

Saya kongsi sedikit fakta tentang kapal ini.

  • World largest cruise ship at 228,081 tonnes
  • Over 6,000 passengers and 2,000 crews
  • 17 decks, 20 food outlets
  • 33 entertainment activities
  • This ship is 170,000 sq. feet (3 football fields)
  • Cost US$1.35 Billion to build

Ini namanya wish come true.. yelah, setiap kali tengok movie Titanic selalu berangan dapat naik kapal mewah. Alhamdulillah..

Tapi, untuk rekod peribadi kami, ini cruise ke-3 kami sebenarnya (yang bermalam). Pertama kali naik kapal besar ni pada tahun 2014 dulu, Viking Line dari Stockholm ke Finland, merentasi lautan Baltic. Kedua, last year semasa regional trip Shaklee.

Trip ini nanti dekat 10 hari juga jumlah harinya. Mana taknya, kami bakal melawat 3 buah negara iaitu Spain, France dan Italy; bersama 6 buah cities iaitu Barcelona, Palma De Mallorca, Marseille, La Spezia, Civitavecchia dan Naples.

Dah lama kami tak travel ke overseas, jadi saya tak boleh nak bayangkan keterujaan tu. Saya dan suami memang peminat sejarah. So, all I can say now.. it is actually gonna be exciting! Saya dah plan nak buat vlog setiap hari untuk content di channel Youtube kami.

Okey, the details of the trip saya tak bolehlah nak exposed sangat.. saya pun nak surprisekan diri sendiri juga. Haha.. now, saya nak share sikit tentang aktiviti atas kapal. Sebab ini yang rare kali ini.

Persembahan/Show Time! – ada 4 persembahan (refer gambar) dan kami bakal berpeluang enjoy semuanya. Elok jugalah trip kali ini berdua.. feeling-feeling honeymoon mewah or at least treat untuk wedding anniversary yang dah 2 tahun tak dapat celebrate hihi..

Entertainment & Activities – Haa yang ni pun best belaka! Saya undecided nak pilih mana satu.. yang adventure ada, yang relax pun ada. Zipline tu macam best sebab last time masa cruise Shaklee tu saya tak buat.

Dance Class pun menarik, rasanya anak takde suami tak kisah kot dia kena ganti anak jadi pasangan saya hihi..

Makanan! – Tak sah trip Shaklee kalau tak banyak makan! Apatah lagi apabila dibelanja atas kapal mewah terbesar di dunia ini, kan?

Saya kena bawa bekalan Set Alergik sebab nanti mesti jenuh makan seafood selama 10 hari. Dalam masa yang sama, seafood juga milk booster! Aduhduh… breastpump jangan tertinggal sudah..

DAN BANYAK LAGI… yang kalau kami nak cuba di luar daripada pekej yang disediakan oleh pihak Shaklee.

 

Oh ye! Alhamdulillah.. rezeki delegasi Shaklee tahun ni semua orang dapat bilik yang ada balkoni dengan ocean view. Tak sabar saya nak melihat suasana tengah laut di tengah malam! Cantik dan seram!

Sebahagian daripada kami di Supermom Shaklee yang qualified trip ni.

Dari kiri Master Fahmy founder #CelikVitaminGroup, Master Amin founder #Ultimate, my heart Mkb; dan paling kanan upline kami, Master Z, founder iReach keluarga besar Shaklee kami.

Tinggallah Aqasyah 10 hari dengan Opah Masitah ye.. amak yakin anak amak ni behave, inshaALLAH.

Bolehlah amak fokus jaga ‘baby besar’ amak yang baju merah tu sepanjang cruise nanti 😉

Countdown begin! Paling penting, persediaan untuk anak-anak amak yang kena tinggal nanti. InshaALLAH, trip ini nanti bakal menjadi trip terindah buat kami suami isteri. Ameen.

Oh ye.. malam tu juga kami pulang dengan dua buah bagassi dan sedikit cenderahati untuk warm up persediaan ke trip bersejarah ini nanti. InshaALLAH.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...