Kenapa Jadi WAHM?

Alhamdulillah. Genap 2 tahun menjadi WAHM, iaitu ringkasan kepada Work At Home Mom. Saya sangat happy. Sangat bersyukur. Terima kasih ya Allah kerana beri saya peluang untuk membesarkan anak-anak saya sendiri, dan tetap mampu menjana pendapatan dari rumah. Syukur.

Kenapa saya jadi WAHM?

Saya mahu jaga sendiri anak-anak saya dan dapat beri perhatian lebih kepada suami. Tu je. Takde sebab lain yang lebih besar daripada itu.

Masa mula-mula jadi WAHM, Icha masih kecil, memang senang nak uruskan biz. Demand seorang bayi tak tinggi mana, plus Icha alhamdulillah anak yang sihat. Amat jarang sakit-sakit. Bayi Shaklee gelaran diberi, tubuh penuh nutrisi yang disalurkan melalui susu ibu, ibu yang makan vitamin Shaklee. Hehe. Bulan pertama buat Shaklee, tak sampai sebulan pun, adalah 2 minggu agaknya saya dah boleh closing dengan bonus RM500++. Bulan kedua terus naik rank jadi Supervisor. Nak jadi Supervisor sales dalam lingkungan RM10k je. Tak banyak. Tapi sebagai seorang surirumah yang baru nak transform jadi WAHM .. network tak luas, biz yang 100% guna blog sahaja .. masa tu Shaklee di Facebook belum glamour sangat kot .. Rm10k adalah cabaran buat saya.

Saya success. Tipsnya, rapatkan diri dengan mentor/mentor-mentor anda.

Lebih 2 tahun berlalu, saya pun dah beranak dua orang, Icha dan Bella. Cabaran berbisnes dari rumah makin hebat! Menduga Iman dan perasaan. Ada ketika ‘anak-anak’ saya seakan merajuk, tapi syukur mereka juga mostly ibu seperti saya, jadi mereka faham. Lebih dari faham. Oleh kerana itu, dalam biz ini, selain daripada Icha dan Bella, ‘anak-anak’ saya itu juga adalah sumber inspirasi terhebat saya. Saya mahu jadi ‘mommy’ terbaik dan sahabat mereka sampai bila-bila. Syukur sekali lagi, Allah kurniakan saya ‘anak-anak’ yang sangat berdikari dan kuat semangat!

Berbalik kepada cerita Icha dan Bella. Ramai bertanya, tak susah ke menguruskan anak-anak dan biz serentak?

Susah. Pening. Nak muntah. Loya. Makan tak sempat. Suara sampai hilang. Mujur ada B Complex Shaklee.. B Complex ni dikenali sebagai ‘morale vitamin’, anda tak mudah stress jika badan cukup keperluan vitamin B yang wajib-wajib ni.

Susah. Sampai suami suruh ambik maid. Sampai best friend suggest hantar anak ke nursery siang hari. Tapi .. berbalik kepada tujuan asal “kenapa saya jadi WAHM?” .. dan seandainya anak-anak saya bisa berbicara, mereka pasti memberontak, ” mak, kami taknak!”

Saya pun taknak suatu hari nanti jadi macam ni.

Icha : Mak, mak stay kat sini (rumah orang-orang tua.. nursery orang-orang tua). Nanti petang Icha pick-up mak ye? Icha nak gi kerja, nak cari duit untuk kita sekeluarga. Bahaya tinggalkan mak sorang-sorang kat rumah. Karang mak tak makan ke.. jatuh ke .. Icha jugak yang susah hati 🙁

Saya : Tapi mak taknak ..

Icha : Takpe mak.. kejap je. Petang nanti Icha ambik la ye?

Ok sorry kalau ada yang terasa. Imaginasi saya memang liar.

Pada saya, memang penat nak uruskan anak serentak dengan biz, apatah lagi, sebaik habis pantang bersalinkan Bella (anak kedua), biz saya melonjak naik (alhamdulillah), serentak dengan Icha yang dilanda syndrome the trouble two-years-old. Tapi itukan namanya cabaran? Saya seorang supermom, do I care pasal cabaran-cabaran kecik macam tu? Plus, rezeki saya dalam biz bermula kerana anak.

Pesan kakak angkat saya, kak Norita, dan suami saya pun pesan yang sama, berbiz dari rumah, apabila perlu membuat pilihan, yang pertama adalah anak baru biz. Suami saya tak sebut sebab dia memang priority sepanjang masa 😉

InshaALLAH. Cabaran membuat kita jadi lebih kreatif, lebih gigih berusaha. Betul ada masa saya rasa susah dan penat, stress dan marah, namun di malam hari, tatkala anak-anak dah tidur, saya bahagia sebab sepanjang hari saya berjaya menyediakan masa bersama mereka. Saya bahagia sebab saya punyai masa yang panjang bersama mereka. Saya bahagia sebab mereka rezeki saya mencurah-curah. Allah datangkan anak-anak sebagai anugerah, dan dalam usaha saya mahu memelihara anugerah ini sebaiknya, pasti Allah datangkan bersama ujian demi ujian.. cabaran demi cabaran. Ujian dan cabaran. Perkataan magic yang buat kita rasa benda susah jadi senang. Siapa taknak pass ujian? Siapa taknak melepasi cabaran?

Saya akan terus berdoa dan berusaha agar menjadi ibu terhebat buat anak-anak saya, inshaALLAH.

Berbaik-baiklah kamu dengan penghuni syurga ini

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...