Motivasi : Cara Mencapai Matlamat yang Besar

Hi!

Harini saya menjalankan ops bersih untuk mailboxes saya yang hampir seminggu tak dapat diakses. Ini daripada email IK.

Cara mencapai MATLAMAT YANG BESAR!

Zaman dulu, di kawasan gurun (bukan Gurun kat utara nun… gurun macam sahara) untuk berjalan dari satu destinasi ke destinasi yang lain adalah agak jauh.. sehingga beratus kilometer perlu berjalan. Ianya sesuatu yang amat sukar dan mengurangkan motivasi bagi seseorang… sehingga ada yang tidak berjaya dan give up!

 

Image

Apa yang dilakukan kemudian adalah setiap 5 kilometer perjalanan di gurun tersebut, orang2 sana meletakkan tong minyak yang besar. Apabila tiba di satu tong minyak, kalau lihat nun jauh di sana, nampak tong yang seterusnya… apabila tiba ke tong minyak yang itu, nun jauh di sana nampak tong minyak yang seterusnya… setiap 5 kilometer.

 

 

Apa yang jadi adalah, tong minyak-tong minyak itu memberi motivasi kepada pejalan kaki gurun untuk mencapai matlamat satu demi satu. Apabila satu nampak… boleh nampak yang seterusnya. Bila tiba yang seterusnya, boleh nampak yang depan sanan nun pula.

Anda juga perlu melakukan yang sama. Anda perlu meletakkan “tong minyak” anda sendiri. Iaitu, milestone yang boleh anda lihat dalam mencapai matlamat besar anda

Untuk mencapai matlamat besar, seperti berjalan kaki beratus-ratus kilometer di gurun adalah amat sukar. Tetapi, dengan meletakkan pengukur atau milestone yang lebih kecil dan boleh dilihat dan “appreciate”, ia memudahkan kita untuk mencapai matlamat.

 

Selamat meletakkan milestone dalam journey anda! 😉

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...