Tatacara Sujud Syukur

Alhamdulillah adalah ucapan yang lahir di bibir dan hati kita sebagai salah satu tanda bersyukur. Boleh dikatakan setiap hari ucapan ini ada dalam hidup kita, setuju kan? Namun, ada masanya, kita mahu bersyukur dengan lebih- lebih lagi kepada ALLAH SWT. Mungkin atas sebab mendapat nikmat, mungkin atas sebab diselamatkan daripada malapetaka, mungkin kerana mendapat hidayah ALLAH SWT, dan sebagainya.

Saya amat bersyukur hari ini. Riak wajah saya mungkin nampak biasa-biasa, namun hati saya, ALLAH aje yang tahu.

Sujud Syukur hukumnya sunat apabila kita mendapat nikmat BESAR dan JARANG-JARANG BERLAKU.

Tujuan buat Sujud Syukur

  1. Mendapat nikmat
  2. Terhindar daripada bala
  3. Mendapat kembali harta yang hilang
  4. Selamat daripada bahaya

Syarat-syarat Sujud Syukur

  1. Suci daripada hadas kecil dan hadas besar
  2. Mengadap kiblat
  3. Menutup aurat

Cara pelaksanaan Sujud Syukur

  1. Menghadap kiblat
  2. Niat Sujud Syukur
  3. Bertakbir kemudian sujud sekali dengan membaca bacaan sujud seperti dalam solat
  4. Takbir sekali lagi untuk bangkit daripada sujud, terus salam tanpa bacaan doa tasyadud

Rujukan #1

Rujukan #2

Semoga bermanfaat 🙂

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...