Tips 5 Minit Resolusi Azam 2014

Saya ada dua soalan untuk WAHM berkenaan tentang target.

  1. Pertama : Adakah anda review bisnes plan yang anda buat?
  2. Kedua : Berapa kerap anda buat post-mortem bisnes?

Merujuk kepada entry saya berkenaan azam 2014, nampaknya saya mempunyai at least 11 resolusi yang wajib saya capai. Berdasarkan info yang saya dapati daripada para Profesional Organizer seperti Alejandra Castello, review untuk apa sahaja target yang kita buat sebaiknya dilakukan setiap quarter (quarterly = setiap 3 bulan). Jadi, sebagai WAHM, saya ada dua kalendar.

  • Kalendar peribadi saya bermula Januari 2014 berakhir Disember 2014.
  • Kalendar Shaklee bermula Mac 2014 berakhir Mac 2015.

InshaALLAH saya akan share gambar atau maybe some free printables untuk anda dalam entry lain. Tak ready ni. Kita ambil contoh pertama, iaitu kalendar peribadi. Bermakna sebaik habis bulan Mac, Jun, September dan Disember, saya akan review target saya selama 3 bulan yang dah habis tu. Contoh Quater 1 ialah bulan Januari, Februari dan Mac. Maka sebelum separuh bulan April, saya dah post-mortem, review dan revise target saya. Tercapai atau tidak, serta inisiatives dan action plan yang perlu dibuat. Tukang pantau ialah suami 🙂

So, mari kita tengok semula azam 2014 saya.

  1. Banyakkan Memberi, Menderma dan Bersedekah
  2. Lebih Spesifik tentang Impian Mendapatkan Berat Badan Idaman
  3. Menjadikan Blogging sebagai Part-Time Paling Best
  4. Kurangkan Membaca Newsfeed Facebook yang Tidak Perlu
  5. Menggandakan Pencapaian Anda Dalam Business Sebanyak 3 Kali Ganda Berbanding 2013
  6. Adakah Anda Mempunyai Hobi?
  7. Belajar Bahasa Asing Sampai Boleh Bagi Speech dalam Bahasa Tersebut
  8. Lebih Serius tentang Matlamat Menjadi Ahli Kelab 5 Pagi
  9. No More Fast Food dan Junk Food
  10. Menjadi Magnet Rezeki dan Ukhuwwah
  11. Mempunyai 5000 Orang Subscribers di Channel YouTube Anda

Menarik kan azam 2014 saya? So far, semua baru 5% ke 10% progress. Wah! Tak boleh jadi ni.. jauhhhhhh! Nampaknya saya wajib gandakan inisiatif. InshaALLAH mesti achieved.

Ok. Lepas baca entry ni anda pula check azam 2014 anda k? 😉

Love,

Hadhatina Mkb

Entry ini ditulis sempena 30 Days Writing Prompts June, Day 4 : Have you made any progress with your resolutions from the beginning of the year?

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...