8 Tips Membantu Anda Menjadi Lebih Positif tentang Hidup

Pernah tak dengar orang kata biasanya selepas kahwin kita akan jadi lebih matang? Dulu kuat merajuk, sekarang kita jadi tukang pujuk. Dulu selalu bangun jam 12 tengah hari, sekarang jam 4 pagi dah siap siaga untuk mulakan hari. Itu lepas kahwin. Apabila jadi ibubapa, lebih banyak kita berubah. Dulu ok je makan fast food, junk food hari-hari. Tapi kerana anak, start mengandung anak pertama dah mula avoid fast food, junk food. Dah mula pandai ambik suplemen Shaklee. Dulu baca majalah NUR, sekarang hari-hari menelek majalan PA&MA. Nak berubah, kan?

Lepas officially dapat title “mami and dedi”, lebih banyak perubahan berlaku dalam hidup. Dulu tidur tak lena tanpa bau ketiak suami, kini 2-3 jam sekali bangun waktu malam sebab anak menyusu. Siap suami yang liat bangun malam pun jadi tukang kejut bila tengok kita adakala tertidur mati keletihan. Kita berubah, dia berubah. Dan perubahan demi perubahan terjadi sampailah kehidupan di dunia berakhir ..

Sedar ke kita sentiasa berubah? Dan selalunya, apabila kita positif perubahan itu mudah. Baca aje semula contoh saya bagi tadi tu, kita berubah tanpa sedar. Mungkin dalam tak rela kena bangun awal pagi, kita buat juga sampai jadi habit. Mungkin terbiasa merajuk dipujuk-pujuk, tak sedar pulak bila masa kita tak dah pandai kontrol emosi. Itulah uniknya kita sebagai manusia, ALLAH beri kita akal fikiran, bukan nafsu semata-mata.

Ok. Sebenarnya saya nak share dengan anda semua beberapa tips untuk menghadapi perubahan dalam hidup, based on pengalaman saya sendiri 🙂

  1. PERTAMA, yakin dengan qadha’ dan qadar ALLAH swt. Sebagai Muslim, kita harus tahu yang ALLAH memberikan kita apa-apa saja mengikut kemampuan diri kita. Tak perlu risau bukan-bukan.
  2. KEDUA, bertenang kerana setiap manusia yang normal pasti akan mengalami banyak fasa perubahan dalam hidup.
  3. KETIGA, yakin bahawa setiap kali kita berubah pasti akan membawa masuk banyak perkara positif yang lain.
  4. KEEMPAT, abaikan emosi bukan-bukan especially yang melibatkan masa silam. Usah biarkan kenangan menguasai impian kita.
  5. KELIMA, dapatkan support team seperti suami, kawan yang dipercayai atau orang tua.
  6. KEENAM, berdoa supaya hati mudah menerima perubahan dan mampu menghadapinya.
  7. KETUJUH, action speaks louder than words. BUAT bukan CAKAP aje.
  8. KELAPAN, tetapkan matlamat, apa perubahan yang anda mahu, bila perlu dicapai, bagaimana dsb. Pendek kata gunakan konsep SMART.

Ok. Cukup 8 tips yang saya sendiri selalu buat. Cuba listkan semula tips-tips ni dan lihat bagaimana anda mahu menggunakannya. Saya juga mengalu-alukan komen anda untuk berkongsi tips-tips yang lebih baik.

Ok bye!

Luv,

Hadhatina Mkb

Entry ini ditulis sempena 30 Days Writing Prompts Day 4 : How do you handle change?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...