Shaklee National Conference 2013 Yang Manis

Sekali lagi saya dan suami mendapat pengiktirafan daripada pihak Shaklee Malaysia atas pencapaian cemerlang kami sebagai Business Leader Shaklee. Alhamdulillah 6 anugerah dalam genggaman semasa Shaklee National Conference baru-baru ini.

6 anugerah daripada Shaklee Malaysia semasa National Conference 2013

6 anugerah yang diperolehi semasa NC2013

 

Anugerah paling istimewa ialah New Rank Recognition – MASTER COORDINATOR. 2 tahun mendaki tujuh gunung, meredah 7 lembah akhirnya ia milik kami.

Namun demikian, menjadi Master Coordinator bukanlah penghujung impian saya dan suami dalam business Shaklee. Impian kami akan terus berkembang. Inspirasi saya ialah wanita hebat ini yang telah menarik tangan saya ke dunia business Shaklee ini. Terima kasih Kak Cery!

New Presidential Master, Guest Speaker, New MIllion Dollar Earner, Founder of Jutawan Group

Master Shareeza Hashim

Seperti 3 tahun lepas, beliau tetap humble namun penuh aura positif yang menggetarkan jiwa setiap yang mendekati dirinya. 

Tahun ini saya sangat teruja kerana akhirnya nama suami bersama saya. Saya tidak akan dapat lakukan business Shaklee ini dengan tenang, gembira dan penuh semangat tanpa restu, sokongan dan doa suami tercinta. Naik pentas NC bersama suami adalah impian setiap isteri yang melakukan business Shaklee ini.

Master Hadhatina dan Master Kamarul

Master Hadhatina dan Master Kamarul

Setiap tahun Shaklee akan beri tema pada majlis hebat ini. Tahun ini temanya ialah “Go For It!” dengan warna oren sebagai warna rasmi. Tapi oren is not my colour. Saya tidak kelihatan cantik dalam warna ini nampaknya. Hehe.

Tagline Shaklee NC2013 Go Fo It

GO FOR IT! – NC2013

Bersama Master Azrin Mohd, anak business Shaklee saya yang sulung

Bersama Master Azrin Mohd tersayang

Ainul Fadzillah dan Siti Sarah di Shaklee NC2013

Ainul Fadzillah dan Siti Sarah di Shaklee NC2013

Upline, mentor dan ‘penyentap’ semangat serta benchmark saya dalam business Shaklee ini, iaitu Master Lyna dan Master Zainul. Kisah closing Master 16 Points antaranya kerana menyahut cabaran “Master with Character” 🙂

Master Lyna dan Master Zainul

Mama dan Papa in Shaklee

Gambar istimewa kerana mereka adalah anakcucu Supermom

Gambar istimewa kerana mereka adalah anakcucu Supermom

Seperti biasa, geng Shaklee Online tidak akan lengkap tanpa riuh-rendah ahli-ahli syurga ini. Ini gambar Icha saya, Icha Rin dan Aisyah Nora yang kecoh-kecoh meraikan kegembiraan ibubapa masing-masing.

Anak-anak kecil pewaris legasi Shaklee

Icha saya, Icha Rin dan Aisyah Nora

Yang ini pula The Superdads, cinta hati para isteri yang melakukan business Shaklee ini. Kutukan dan kritikan mereka membuat kami tiba ke majlis hebat ini, kan Mkb?

Pemilik tulang rusuk para wanita hebat Shaklee

Pemilik tulang rusuk para wanita hebat Shaklee

Pada malamnya, pihak Shaklee mengadakan special dinner untuk para qualifiers siang tadi. Walaubagaimanapun, atas beberapa sebab kami team Supermom tak join pun dinner tu. Kami and the gang yang sentiasa ‘melekat’ ni jalankan Plan B, kami dinner sendiri di luar. Tak kisahlah kan? Yang penting semua enjoy.

Sebelum tu, sempat kami ‘pinjam’ gambar sendiri untuk dibuat kenang-kenangan bersama. Team Supermom yang happening lagi happy-go-lucky (dapat mommy & daddy sporting memang syok la diorang ni)

Jangan tak tahu, anak saya, Chrysalis Nurul, datang conference belum cukup tempoh pantang bersalin tu.

Team Supermom yang happening lagi happy-go-lucky

Team Supermom yang happening lagi happy-go-lucky

Apapun, Shaklee National Conference 2013 sememangnya telah meninggalkan 1001 kenangan manis buat semua dan pastilah saya, terutamanya. Impian saya makin besar nampaknya untuk acara tahun depan. Semoga ALLAH permudahkan ameen.

Buat team Supermom tersayang, you always make mommy’s day.. you always rock mommy’s life. Mommy love all of you to the max! 😉

Shaklee National Conference 2014

Jumpa lagi di NC2014

Jumpa lagi dalam Shaklee National Conference 2014 pula, dan semoga anda juga adalah sebahagian daripada inspirasi saya.

Salam manis,

Hadhatina Mkb

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This entry was posted in Shaklee.