[VIDEO] Cuti-cuti Siem Reap, Cambodia [Jun 2013] – Bahagian 2

Sambungan daripada entry sebelum ini.

Dalam bahagian (1) entry percutian kami di Siem Reap ini, saya ada menyatakan tentang tempat-tempat menarik yang kami lawati. Must visit places semestinyalah kesemua angkor yang ada di situ.

Berdasarkan maklumat yang diberikan oleh pemandu pelancong kami, Mr Hong, ‘angkor’ merupakan pusat jajahan yang sangat berkuasa di Cambodia pada zaman pemerintahan Khmer. Tentu anda tertanya-tanya kenapa ada begitu banyak ‘angkor’ kan? Ini kerana, setiap kali pemerintah angkor itu mangkat, maka anak sulung (putera) pemerintah itu akan pergi membina angkor yang lain sebagai pusat pemerintahannya. Manakala angkor sedia ada akan dijadikan makam.

Perjalanan melawat angkor mengambil masa sehari suntuk sebenarnya. Namun disebabkan kami membawa anak-anak kecil, maka kami ringkaskan kepada dua hari. Tambahan pula cuaca memang agak panas dan disertai dengan hujan yang lebat pada sebelah petang. Lagipun, trip kami berkonsepkan ‘free and easy’.

Semasa di sana, kami menggunakan stroller dan babywearing. Bergantung pada keadaan. Macam di Angkor Thom memang kami tak guna stroller, sebab kena turun naik tangga. Tetapi di Angkor Tha Phrom kami gunakan stroller sahaja.

Saya ber'babywearing' sahaja di sini.

Saya ber’babywearing’ sahaja di sini.

Anak-anak yatim di 'floating village' Tasik Ton Le Saab

Anak-anak yatim di ‘floating village’ Tasik Ton Le Sa

Kadang-kadang rukar begini. Lebih selesa sebenarnya untuk anak-anak :)

Kadang-kadang rukar begini. Lebih selesa sebenarnya untuk anak-anak 🙂

Stroller tandem City Select kami yang tahan lasak dan multipurpose!

Stroller tandem City Select kami yang tahan lasak dan multipurpose!

Tempat makan tengah hari yang enak. Restoran ini hanya dibuka untuk pelancong 🙂

Restoran Muslim Cambodia khas untuk pelancong.

Restoran Muslim Cambodia khas untuk pelancong.

Hidangan lazat makan tengahari. Sup ikan, ayam masak merah dan sayur campur.

Hidangan lazat makan tengahari. Sup ikan, ayam masak merah dan sayur campur.

Kami juga berpeluang melawat National Museum tapi sayangnya tak boleh guna kamera. Habis melawat muzium, hujan lebat pula, so kami ‘gamble’ naik tuk-tuk balik ke hotel. Bahaya. Tapi syukur alhamdulillah okey.

Naik tuk-tuk dalam hujan lebat. Fuhh!

Naik tuk-tuk dalam hujan lebat. Fuhh!

Shopping malam terakhir.

Seperti biasa, ke mana pergi kami mesti shopping borong lukisan :-)

Seperti biasa, ke mana pergi kami mesti shopping borong lukisan 🙂

Trip berakhir. Jom balik Malaysia! :-)

Trip berakhir. Jom balik Malaysia! 🙂

Last but not least, sempat juga kami buat review pasal Shaklee Meal Shakes. Kalau nak tengok apa yang best tentang Meal Shakes ni kenalah view video di bawah ni atau terus ke channel vlog kami untuk video-video yang lain.

 

Sekian sahaja untuk review trip kali ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...