[VIDEO] 4 Tips Asas VLog Cara Budget | Master Mkb

Assalamualaikum.

Atas permintaan ramai, maka suami saya, Master Mkb, telah pun menyiapkan satu vlog ringkas tentang asas membuat vlog, secara budget. Kenapa secara budget? Kerana vlog sebenarnya mudah aje, ramai yang berbakat pun cakap sorang-sorang depan videocam ni, tinggal nak buat atau taknak buat aje.

Ok. Let’s get straight to the points.

So, yang pertama sekali (tak termasuk dalam tips yang 4 tu), dah tentulah anda memerlukan sebuah gadget perakam suara dan gambar bergerak seperti videocam, laptop, camera smartphone, iPad/iPad mini, camera GoPro dan yang bersesuaian. Anda boleh discover sendiri cara merekod pada gadget masing-masing.

Sebagai contoh, sekiranya anda menggunakan laptop (macam saya guna MacBook Air), boleh direct buat recording daripada YouTube. Bab ini saya akan ajar dalam entry yang lain, inshaALLAH.

4 Tips Asas VLog Cara Budget

  1. ASAS PENCAHAYAAN

Tips paling penting tentang aspek pencahayaan ialah cahaya perlulah berada di hadapan penyampai, supaya muka nampak cerah. Sekiranya terdapat cahaya di belakang penyampai, maka video anda akan menjadi gelap. Ini dah tentu mengganggu mood penonton.

Lampu yang anda boleh digunakan tak semestinya mahal. Boleh gunakan lampu meja (lampu study) atau paling simple, anda boleh gantung mentol di hadapan anda. Lagi terang lagi baik tapi berpada-pada.

  1. PENGGUNAAN CLIP MIC

Terdapat perbezaan daripada kualiti suara yang terhasil di video dengan dan tanpa mic. Walaupun gadget kita memang mempunyai internal mic, namun kualiti tak sama. Suara lebih jelas dengan adanya mic. Jadi lebih baik anda spend sedikit wang untuk membeli external mic. Anggaran harga serendah RM30++. Terbaik anda boleh dapatkan clip mic untuk tujuan ber’vlog’. Suara lebih clear dan membantu eliminate bunyi bising (bergema, suara anak-anak, bunyi kipas dsb) di sekitar anda.

  1. PENGGUNAAN TRIPOD

Tripod (kaki tiga) membantu menghasilkan video yang cantik dan profesional dengan mengurangkan kesan ‘bergoyang’ atau ‘bergegar’. Anda juga tentu tidak mahu merasa lenguh memegang kamera anda dengan lama. Pilihan lain, anda boleh sandarkan atau letakkan gadget perakam anda pada tempat yang stabil dan mulakan bercakap. Jangan lupa adjust betul-betul posisi gadget tu!

  1. MASA

Masa ideal yang dicadangkan untuk be’vlog’ adalah anggaran 5-10 minit. Ini penting untuk mengelakkan penonton menjadi bosan.

Jadi, itu dia 4 tips asas untuk anda yang baru mahu mula ber’vlog’ secara solution budget. Mudah aje kan? Untuk penerangan lebih terperinci mengenai 4 tips ini anda bolehlah view video ini.

Tips tambahan daripada saya :

Sediakan points untuk bercakap atau skrip dan buatlah sedikit latihan bercakap sebelum mula merekod vlog anda. Ini penting supaya anda tidak tersasul, merepek, terlebih masa dan kebanyakan penonton sukakan ayat berstruktur kerana lebih sedap didengar dan difahami.

Selamat ber’vlog’ dan sudi-sudikanlah share link vlog anda dalam ruangan komen di bawah! 😉

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...