Menyusu Si Manja | Wishlist Sebaik Bersalin

Saya masih belum bersalin. Belum ada tanda-tanda. Malah sejak semalam, alhamdulillah, kesihatan saya di tahap optima pula. Syukur.

Untuk rasa ‘sihat dan cergas’ di penghujung kehamilan ni, saya perlu pastikan beberapa perkara

  • Tidak terlalu banyak makan sampai senak perut
  • Tidak mengambil makanan berangin
  • Tidak sembelit
  • Air yang cukup
  • Makan vitamin dengan konsisten
  • Perlu banyak bergerak, melakukan pelbagai aktiviti fizikal
  • Saya tidak stress

Kalau nak tahu vitamin pilihan saya sepanjang kehamilan kali ni, boleh jenguk Blog Shaklee saya (klik link/tab di atas).

Bercakap tentang penyusuan susu ibu, kali ini saya mahu lebih firm dengan staff yang menguruskan kelahiran bayi kedua saya. Saya mahu mulakan proses penyusuan anak kedua saya sebaik dilahirkan. Icha dulu hari kedua baru start. Sedih juga kalau diingat, tapi saya dah usaha banyak untuk cover kesedihan tu. Alhamdulillah Icha bayi susu ibu sejati.

Ye saya obses tentang penyusuan susu ibu. Tapi saya tidak pula anti kepada mereka yang terpaksa beri susu formula kepada bayi mereka.

Apa wishlist saya? Simple aje.

  • Saya mahu dakap bayi saya sejurus selepas dia dilahirkan
  • Saya mahu menyusukan bayi saya seawal yang mungkin. Sebolehnya sejam pertama selepas dia dilahirkan.
  • Saya mahu rooming-in bersama bayi saya selama 24 jam di hospital kecuali untuk mandikan bayi.
  • No formula milk this time for my lil’ angel. Only her momma’s colostrum.

Wishlist ni terhasil sebab saya difahamkan hospital tempat saya bakal bersalin tu bukan hospital rakan bayi. Not really sure. Tapi sebab saya selesa dengan staff di sana, berhampiran dengan rumah saya .. dan kos yang diberi berpatutan, jadi saya mahu bersalin di sana.

Good Luck for me ya! 😉 😉 😉

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...