Melengkapkan Penyusuan Selama 2 Tahun

REMINDER FOR MYSELF :

“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan itu” – surah Al-Baqarah, ayat 233

* Pembatasan masa menyusukan anak dalam 2 tahun tidaklah dinyatakan ketentuan wajib yang mutlak. Tetapi ditujukan kepada ibu2 yang ingin menyempurnakan penyusuan itu.

Allah berfirman:

“Apabila keduanya ingin menyapih (memberhentikan penyusuan) sebelum dua tahun dengan kerelaan keduanya dan permesyuaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya” – Surah Al-Baqarah, ayat 233

Sebenarnya banyak lagi ayat-ayat Al Quran berkenaan penyusuan susu ibu ni.

Alhamdulillah .. harini 30 Januari 2012, Icha masih lagi menyusu badan walaupun dalam keadaan saya sarat mengandung (menunggu hari je ni) dan susu badan pun ‘ada tak ada‘ je sebenarnya dah .. Icha, mak harap kita berdua berjaya lengkapkan journey ni. AT LEAST, sampai 4 April 2012 mak mahu Icha masih lagi menyusu badan dengan mak. Ya ALLAH makbulkanlah harapan besar seorang ibu ini.. Ameen.

Notes:

Tidak ada salah dan dosa menyusukan bayi semasa anda hamil as long as tidak membawa mudharat kepada anda dan bayi dan dikandung. Tidak ada istilah si kakak/abang mencuri susu adik. Jika anda mampu, teruskanlah .. dan saya bangga kerana saya mampu.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...