01.02.2012 | Kisah Kelahiran Ayra Syabella

Alhamdulillah. Genap 8 hari sudah kisah kelahiran puteri kedua saya dan suami termaktub dalam diari kehidupan kami sekeluarga. Syukur ke hadrat ALLAH swt kerana segalanya telah berjalan dengan lancar, dan pantas, tanpa sebarang masalah. Segalanya telah dipermudahkan oleh ALLAH swt. Alhamdulillah…

Ayra Syabella

On her 7th day of life

Kebetulan 1 Februari merupakan Hari Wilayah dan cinta hati saya (hubby la of course!) bercuti hari tu. Kebetulan juga, saya memang ada prenatal checkup minggu ke-39 di Poliklinik Keluarga UMRA pada hari itu. DUA kebetulan yang sebenarnya adalah perancangan ALLAH swt.

CERITA PAGI TU…

Seperti hari-hari sebelumnya, di hujung kehamilan kali ni, saya memang dah terbiasa bangun pagi dengan susah payah untuk melangkah. 1) Perut cramp. 2) Pangkal paha yang sakit. Mungkin sebab tekanan oleh kepala dan berat baby. Kedua-dua sakit ni akan lebih teruk jika malam sebelum tu saya mengambil dinner yang ‘sedikit’ berat. ‘Sedikit’ saya = normal orang lain.

Cuma pada pagi tu, sakit yang saya rasai agak berlainan daripada hari-hari sebelumnya. Sakitnya lama dan datang sedikit demi sedikit. Sampai tertidur saya di sofa ruang tamu sebab menahan sakit yang begitu. Kemudian, apabila saya terjaga, sakit yang serupa datang. Saya terfikir juga mungkin ke ni contraction sebenar. Saya tak dapat nak pastikan sebab sejak usia kehamilan 7 bulan saya dah kerap mengalami contraction Braxton Hicks. Lagipun, saya takde tanda-tanda lain nak bersalin. Macam dengan Icha dulu, ada ‘bloody show’ πŸ™‚

Dipendekkan cerita, pagi tu saya langsung tak larat nak sediakan sarapan buat suami dek sakit perut yang makin kerap. Tapi still sakit tu tak kuat. Mandikan Icha pun suami buatkan. Plan asalnya saya nak buat checkup lewat petang sebab OBG favourite saya, Dr Karamjit, biasanya masuk selepas jam 6 petang. Tapi saya ajak suami ke UMRA pagi tu juga.

As usual, bagi ibu-ibu yang dah ‘menunggu hari’ nak bersalin ni, memang dipercepatkan urusan checkup. Lepas ambik berat (still 53 kg okeh!), BP dan urine, saya dibawa untuk CTG. Graf CTG saya memang tak cantik langsung pagi tu. Misi sampai suruh mengereng sebab nak dapatkan graf yang cantik tu.. menambahkan sakit perut saya aje sebenarnya.

Lepas buat CTG, saya jumpa doktor. Mujur Dr Ummu yang check. Dia tanya saya,” You sakit perut ke?” Saya ye kan aje. Kata Dr Ummu sebab dia nampak perut saya ‘mengeras semacam’. Memang nampak tegang dan bulat je perut saya time tu.

So, sebab saya pun mengaku yang saya memang sakit. Dr Ummu check opening rahim. Rupanya jalan dah buka 3 cm already! Masa tu jam 11.30 pagi. Wah! Dalam sakit-sakit tu sempat excited pula saya.. yelah, ada harapan nak bersalin tarikh cantik. Samada 01022012 atau 02022012. Both cantik πŸ˜‰

Tapi kata Dr Ummu, walaupun jalan dah terbuka 3 cm tapi kepala baby belum cukup engaged.

Lepas check, Dr Ummu beritahu yang dia benarkan saya balik dulu. Pergi rehat or shopping or whatever yang saya nak buatlah. TAPI, once saya rasa sakit yang sangat kerap, like every 10 minutes ke.. cepat-cepat datang UMRA semula, walaupun saya baru aje melangkah keluar kejap lagi.

Kata Dr Ummu, saya dijangka bersalin malam tu. Tapi let say saya boleh tahan sakit malam tu, datang semula esok pagi untuk terus bersalin. (Diorang akan terus pecahkan ketuban esok pagi). Paling awal, lepas asar petang tu saya akan bersalin. Hehehe.

Saya menulis part ni dengan penuh excited. Se’excited’ dan segirang hati saya nak bersalin time tu πŸ˜€

So, kami bertiga beranak pun baliklah… terus call both moms kat kampung untuk inform pasal tu. My mom beritahu kalau dia tak dapat datang haritu, adik saya akan temankan saya dulu.

Saya dan suami berdoa moga-moga segalanya dipermudahkan ALLAH swt.

CERITA PETANG TU ..

Dipendekkan cerita lagi, time kat rumah saya memang surrender dah nak buat apa-apa. Tapi, suami dah pesan awal-awal suruh makan juga untuk beri tenaga pada saya andaikata saya ditakdirkan bersalin hari tu or malam tu, or even esok pagi. One of the reason Icha dulu terpaksa di’vacuum’ sebab saya tak larat nak push. Tenaga memang takde langsung nak push keluar Icha. Saya pun taknak Β anak kedua ni kena vacuum. Kesian tengkorak kecil tu kena tarik dengan alat vacuum tu. Suami siap kata, “at least sayang bancuh ESP dengan Performance Shaklee tu biar ada tenaga badan tu..” Ececeh laki aku ni.. tetiba dia jadi expert lak bab suplemen Shaklee kan? Awww…!

So, saya pun bagilah resepi ESP + MealShake + PD tu untuk suami buatkan. Satu bekas shaker Cinch tu dibancuhnya. Sedap pulak rasanya. Telur ayam kampung mentah pun sempat saya telan sebiji lagi. Petua nak bagi mudah bersalin dan juga bagi tenaga.

Dah siap, terus ke UMRA semula. Beg hospital mujur dah siap. Setibanya di sana, terus request nak admit sebab dah tak larat sangat. Suami minta VIP Room. Best tau bilik dia. Adik-adik saya siap ber’kampung’ kat situ malam tu temankan saya. Serba selesa, harga berpatutan, doktor pun bagus, dekat dengan rumah, parking senang dan yang penting saya sendiri juga selesa dengan staff di situ.

Pukul 4.30 petang, another CTG. Masa ni jalan dah terbuka 4 cm. Lepas buat CTG, saya terus masuk wad.

Dalam wad, saya dok bergolek-golek atas katil dah. Suami saya dah lakukan segala jenis urutan nak legakan sakit saya tu. Sampai saya rasa ala-ala urutan cakar harimau pun ada time tu kihkihkih (tengah sakit pun saya sempat fikir, yelah lepas ni hubby kena ‘puasa’ 44 hari kan? haha). Rasanya nak bersalin ni, time nak tunggu jalan bawah terbuka dan kepala baby nak turun tu la saat paling azab kat dunia yang fanaa ni tau! Bila contraction tu datang, rasa macam ‘something’ nak keluar kat bawah ni. Macam nak tercabut perut ke bawah ni pun ada. Ya ALLAH … sumpah saya nak bersalin lagi sebab bukan senang ALLAH nak bagi sakit macam ni..

Melihatkan saya yang tertonggeng-tonggeng sampai mengalir air mata, berkedut-kedut dahi dan tak habis-habis cakap, ” ya ALLAH abang.. sakitnya.. abang doalah sayang beranak petang ni ye ..” Suami saya pun panggilkan misi. Check rupanya jalan dah terbuka 6 cm. Time tu dah pukul 6 petang tak silap saya.. hopefully Dr Karamjit dah masuk bertugas. Sebab, if Dr Karamjit takde then doktor lelaki akan jadi bidan saya. Oh tidak!

Tiba-tiba tengah sakit, saya dengar suara cakap macam ni,” Yes my dear .. macam mana sakit you. Masuk labour room sekarang?” Alhamdulillah.. sampai pun Dr Karamjit ni. I just nodded. Yelah.. dah buka 6 cm pun.. saja je doktor ni tanya-tanya lak.

Cuma masalahnya sekarang, saya nak hubby temankan saya dalam LR. Adik-adik saya belum sampai. So, saya masuk dulu sementara hubby uruskan Icha. Masa dalam LR tu, saya dah pasrah andaikata suami tak dapat temankan sebab saya fikirkan Icha tu pulak.. adeehh.. jadi emak dan isteri mithali macam saya ni tak habis-habis fikirkan anak dan suami walaupun tengah nak berperang dengan maut ni πŸ˜€

Alhamdulillah .. ada sorang misi nama Laila tolong jagakan Icha. Saat getir tu sebab menurut hubby, masa dia masuk LR tu, dia diberitahu oleh doktor yang saya tinggal 2. 3 kali push je baby keluarlah.. time tu dah buka 7 cm pun. Jam 6.30++ petang. Masa hubby masuk tu, ya ALLAH Subhanallah tak tahulah hati saya ni kan.. macam mana entah rasanya.. rasa bahagia yang teramat sangat masa tu.. kihkih (tulah orang sentimental sampai time macam tu pun tak hilang sentimental)

Yang bestnya suami saya ni, walaupun saya selalu kategorikan dia sebagai ‘penggeli’ sebab tak pernahnya nak basuk berak Icha, geli kat kucing dan lain-lain.. tapi saya bangga sebab dia temankan saya bersalin dua kali ni, ekspresi muka dia wahh.. cool gila! Cool yang memberi semangat pada saya untuk hadapi saat tu dengan cool juga.. dia usap-usap dahi, ubun-ubun dan cuping telinga saya. Sangat menenangkan.

Saya ni jenis sakit contraction tu suka hilang tiba-tiba. Dah elok-elok sakit memang nak push habis ni.. tiba-tiba sakitnya hilang. Sampai Dr Karamjit pun sempat gelakkan saya, ” Aikk! Dah tak sakit?” Katanya memang ada orang rahim macam tu. Saya cerita pada emak saya pun dia kata memang ada orang macam tu. Lupa saya istilahnya. Tapi selingan yang menyenangkan hati lah tu time tengah berjuang haha..

Paling best, time last push (banyak kali gak saya push), saya sempat tengok muka hubby dan dia cuma kata, ” sikit lagi je yang .. simpan tenaga.. lepas tu teran kuat-kuat“.

Alhamdulillah .. tepat jam 7.02 petang puteri kedua kami selamat dilahirkan. (Uri keluar jam 7.14 petang). Normal. Without vacuum or forceps. Tapi still ada jahit dalam 1 cm sebab melecet time push. Takde kena gunting sebab UMRA rasanya tak praktik gunting-gunting ni. Kiranya saya dalam LR setengah jam je kali ni. πŸ˜‰

Kali ni saya dapat lihat bayi yang masih merah berdarah atas perut saya. Bella memang berbeza dengan Icha. Both my daughters keluar-keluar dah buka mata (Icha lagi lah hebat, baru keluar kepala dah buka mata! Scary saya bayangkan!), tapi Bella terus menangis kuat-kuat. Icha lak lambat sikit baru dengar suara, tu pun tak berapa nak nangis. Bella lepas misi dah bersihkan dia tak tidur, tapi tengok sekeliling macam sedang berfikir. Icha pula tidur sambil hisap jari. Hihi. Syoknya ada anak kan?

So, itulah secebis kisah kelahiran puteri kedua saya, Ayra Syabella. Alhamdulillah .. segalanya berjalan dengan lancar, mudah dan cepat. Perancangan ALLAH lebih teliti dan sempurna. Adik-adik saya sampai di UMRA selesai saya bersalin.

Terima kasih buat semua yang telah mendoakan saya dan baby dari mula saya mengandung sampai lah saya lepas bersalin malam tu. Buat yang hadir temankan saya haritu, suami tersayang, Icha yang sangat behave sebab langsung tak minta nenen haritu, Kakak yang temankan Along sampai saat entry ni dibuat, serta Nan dan family .. yang temankan dan tolong Along kat wad malam tu. TQ.

 

Ayra Syabella MKB

Menguap bau harum tu..

Ayra Syabella MKB

Icha officially kak yong Icha

Ayra Syabella MKB

No more Mommy Icha.. dah jadi Mak Anak 2

Dan kini bermula perjalanan hidup saya dengan tambahan seorang lagi puteri comel, yang pasti akan menambah perisa dalam rencah kehidupan saya sebagai ibu.

~Hadhatina Mkb

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...