Bayi Stockholm, gameboard #Masteria! dan Malam Graduasi Shaklee

Bayi Stockholm Kami – Anna Agnetha

Alhamdulillah esok genap 44 hari saya berpantang bersalin anak ke-4 kami, baby Anna. Seperti tiga tempoh berpantang sebelum ini bersama Icha, Bella dan Am, saya lebih selesa berpantang sendiri. Namun, berpantang sendiri ni persediaannya memang harus rapi terutamanya dari segi mental, lagi-lagi apabila anak semakin ramai dan masih kecil-kecil, masih lagi perlu kita uruskan makan minum, tidur dan berak kencingnya. Kita minta tolong pun tak harap sangat hasil pertolongan tu dapat apatah lagi sempurna.

Baby Anna, 3.85 kg normal delivery

Baby Anna, 3.85 kg normal delivery

Apapun, syukur berpantang kalini emak saya sempat jaga saya dan anak-anak dalam lebih kurang seminggu. Lebih best, dua orang adik saya pun memang tinggal serumah dengan saya, jadi banyak juga urusan berpantang kalini dipermudahkan.

Tu antara perkembangan terkini saya. Nak tunggu update blog ni secara proper memang amat mencabar. Saya banyak gunakan medium Facebook dan Instagram sahaja buat masa ini untuk update perkembangan hidup saya, di samping berkongsi tentang hal berkaitan urusan business Shaklee kami.

Gameboard #Masteria!

Antara lain, suami saya kini sedang sibuk menguruskan promosi coaching tools terbaru team Supermom ilham daripada beliau (suami saya) sendiri. Coaching tool berupa gameboard ala Monopoli ini kami berikan nama Masteria!

Video di bawah ni adalah commercial ads pertama gameboard ni.

Kami juga telah berjaya mendapatkan beberapa testimoni tentang gameboard ini daripada beberapa ‘otai’ dalam business Shaklee ini sebelum saya bersalin haritu. Antaranya testimoni daripada Master Haji Roslan, Master Lyna Noh (upline kami) dan Master Farah Wahida. Anda boleh view video-video testimoni tersebut dan beberapa video berkaitan di playlist Supermom’s Masteria di channel YouTube kami. Selain itu, anda boleh juga Like page Facebook Supermom Masteria ni kalau nak tengok banyak lagi testimoni dan komen lain daripada mereka yang dah memiliki gameboard ni. Jika anda sendiri yang baca entri ni dah ada set ni, jangan lupa upload gambar anda main gameboard ni dengan hashtag #MasteriaInAction.

#MasteriaInAction

Insaf dengan main gameboard yang unik – #MasteriaInAction

Kalau berminat nak dapakan satu set gameboard ni and hubungi aje mana-mana Admin page Supermom’s Masteria di Facebook.

Graduation Night Shaklee Certified Product Trainer (TTT – Nutrition)

Certified Shaklee Product Trainer

We are Certified Shaklee Product Trainer by Shaklee University!

 

Ini satu lagi perkembangan terkini saya dan suami. Alhamdulillah, pada 19 Mei baru-baru ni kami secara rasminya dah diiktiraf sebagai Shaklee Certified Product Trainer oleh Shaklee University. Pihak Shaklee Malaysia telah mengadakan majlis graduasi khas buat kami semua yang lulus dengan cemerlang. TTT (Train the Trainer Training) ni bukan setakat workhop dengar-dengar, tengok-tengok dan buat group presentation tau, kami wajib ambil both exam bertulis dan oral. Nak tau berapa saya skor? Nantilah entri lain saya share ok 🙂

Ini pun ada video. Cuma video simple aje sebab ada part yang kami rekod tak jumpa dalam simpanan.

Ok. Tu dulu untuk update perkembangan terkini saya dan suami. Ada beberapa lagi update seperti Shaklee National Conference yang bakal berlangsung pada 5 hingga 7 Jun ni nanti; pengalaman interview dengan untuk video Shaklee guna Skype, recording lagu raya tahun ni, team building di PD dan macam-macam lagi! Haha!

Latest family photo

Latest family photo

Jangan jemu singgah blog ni ya 😉

Salam sayang,

HadhatinaMkb

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...