Bukan Gentle Birth Baby Anna! – Part 1

Alhamdulillah.. harini 26 Mei 2015 tamatlah sudah tempoh berpantang 44 hari buat saya dan baby Anna. So, malam last ni saya harap entri saya tentang kisah kelahiran baby Anna dapat saya siapkan, inshaALLAH..

Masih segar lagi dalam ingatan saya kisah 44 hari lepas, di mana saya hampir berjaya menikmati kelahiran secara alami yang saya impikan sejak baby Anna mula wujud dalam rahim saya. Namun, kita hanya mampu merancang, ALLAH swt jugalah yang menentukannya. Apapun, pada saya pengalaman kali ini tetap hebat dan nikmat sepertimana kelahiran 3 orang anak kami yang lain. Setiap kali saya pandang wajah baby Anna, saya terharu sebab ALLAH izinkan saya nikmati sakit bersalin tu dengan selesa kalini. Alhamdulillah..

Ini dia anak ke-4 kami, seorang bayi perempuan yang dilahirkan secara normal dengan berat 3.85 kg. Suka saya tengok baby Anna ni takmo tidur pulak sejak sampai ke dunia. Mudah sangat kelahiranmu, sayang ..

Foto pertama baby Anna

Foto pertama baby Anna

Jom! Nak tau kronologi kisah kelahiran anak ke-4 saya tak? 😉

9 April, Minggu 39, Skip Ante-Natal Checkup (ANC)

Sebenarnya saya tak tau nak mulakan daripada mana pengalaman kali ini. Semuanya seronok! Saya sangat enjoy dengan kehamilan kalini sehingga saya alert setiap minggu-minggu kehamilan saya, sesuatu yang saya tak pernah buat.

Buat pengetahuan semua, tiga orang anak saya sebelum ini, iaitu Icha, Bella dan Ilham, semuanya lahir pada minggu ke-38 kehamilan, dan semuanya bukanlah sakit bersalin yang datang secara natural. Jadi, untuk bayi ke-4 ini saya niat dan nekad mahu praktikkan ilmu gentle birth yang saya pelajari, apatah lagi apabila menjelang tarikh bersalin saya terjumpa artikel yang mengatakan tempoh baby full-term bukan lagi 37 minggu tetapi selepas 39 minggu kehamilan. Fakta ini telah dikemaskini selepas tarikh kelahiran Ilham pada bulan Oktober 2013 dahulu. Bayi full-term ini banyak kelebihannya, antara lain otak dan paru-paru mereka lebih matang dan berfungsi dengan lebih baik, dan mengurangkan risiko jaundice (alhamdulillah.. baby Anna memang takde jaundice).

Sepatutnya mulai minggu ke-37 kehamilan dah kena ANC ni setiap minggu. Tapi, memandangkan masa minggu ke-38 obygyn ada mentioned tentang nak ‘bantu’ baby lahir, so saya nekad taknak buat checkup. Itupun masa checkup minggu ke-38 saya request taknak ada VE (vaginal examination) sebab saya taknak ambik risiko kena ‘membrane sweep’ seperti proses kelahiran sebelum-sebelum ni. Tambahan pula, saya ada beberapa hal berkaitan group Supermom yang saya nak selesaikan sebelum mula berpantang.

So, I skipped the ANC. I trust my instint dan saya pun tahu macam mana nak pantau baby. Setakat hari tu, memang belum ada sebarang tanda-tanda nak bersalin.

11 April, Rakaman Lagu di Studio Al Farabi Band

Alhamdulillah. Masih kuat lagi badan saya pada hari Sabtu tersebut. Baby pun aktif seperti biasa. Perut saya memang dah rasa berat dan memang kerap aje ke tandas nak buang air kecil. Pada masa yang sama, saya kerap buang air besar macam ‘ceri-beri’.. daripada bacaan saya, itu juga antara tanda-tanda nak bersalin.. atau mungkin juga sebab saya hirup kuah tomyam pedas di Subang Parade semalamnya.

Bergambar selepas sessi rakaman suara

Bergambar selepas sessi rakaman suara

Apapun, ‘projek’ kami di Studio Al Farabi Band tetap berjalan dengan lancar. Rakaman lagu berlangsung daripada pagi sampai ke petang. Saya dan ‘anak Shaklee’ saya, Sarah, yang tengah memboyot tak lepas peluang menyumbangkan suara juga hehe.. Habis program di studio, anak-anak buah Shaklee sambung di rumah kami pula hingga hampir lewat malam. Kebetulan Erol siang tu join kelas buat kuih talam, seronok kami ramai-ramai test kuih talam aneka rupa dan rasa. Meriah.

sushi Melayu kuih talam

Menjamu ‘sushi Melayu’ katanya

Seperti biasa, Ilham buat hal masa nak tidur serentak dengan waktu Braxton Hicks datang. Rasanya, dah lama saya tak cukup tidur disebabkan dua perkara ni. Saya masih takde tanda-tanda nak bersalin, cuma rasa badan sangat penat malam tu.. yelah, daripada pagi sampai ke malam tak berehat.

Saya masih berdoa supaya baby lahir pada 16 April nanti.

12 April, Shaklee Success Seminar

Pagi tu saya bangun tidur macam biasa terus ke tandas kosongkan pundi kencing dan perut. Beberapa hari saya terperasan yang saya kurang bangun malam untuk buang air kecil. Kalau tak, setengah jam sekali mau nak buang air kecil je. Badan saya pun sebenarnya rasa ringan je.. saya tau itu tanda-tanda baby dah nak keluar juga.

Masa di bilik air, saya terperasan macam ada sedikit darah di panties. Sikit aje.. macam beberapa titik aje pun. Ok. Dah ada tanda nampaknya. Saya cuba duduk diam-diam dan ‘rasai’ ada ke takde start contraction ni? Sebab masa hari nak bersalinkan Bella dulu, pagi tu dah mula sakit sikit-sikit. Nampaknya macam ok, tak sakit mana. Lagipun, saya dah biasa dengan Braxton Hicks sejak trimester dua lagi (kehamilan kalini awal). Mandi. Buat macam biasa. Saya tak bagitau apa-apa pun pada Mkb sebab saya taknak tengok muka dia risau which, akan buat saya stress.

Pak Itam datang rumah pagitu betulkan beberapa kerosakan kecil yang ada di rumah. Saya pula mula berkemas-kemas sebab tugasan terakhir untuk Supermom sebelum bersalin dah setel semalam (rakaman lagu); jadi saya boleh fokus hal nak bersalin ni. Sambil tu saya pantau juga contraction.. yep, memang ada tapi sangat perlahan. Saya masih mampu ligat buat kerja rumah macam biasa.

Tengahari.. masa nak solat Zuhur, saya check dah ada ‘mucus plugged‘ keluar. Ok. Still relax sebab saya pun ada pengalaman dengan ‘mucus plugged’ sebelum ni. Saya masih steady, baby masih main-main.. no need to panic. Jadi, saya buat aje hal saya macam biasa.. cuma patutnya kami ke Putrajaya petang tu untuk hadiri Shaklee Success Seminar, tapi saya tak yakin dan tak larat nak pergi, so takdelah datang.

Petang tu hujan lebat dan ‘cucu Shaklee’ saya, Rohaida dan suami, singgah rumah hantarkan tilam kekabu yang saya pesan. Syukur sempat dapat satu set lagi tilam kekabu dewasa sebelum bersalin. Saya nak guna masa dalam pantang sebenarnya. Tilam kekabu ni kelebihannya tahan lama dan tahan lasak. Cuma nak bawak ke sana sini tu payah sikit 🙂

Lepas je Aida balik, Mkb bagitau yang kawan baik dia, Roll dan isteri, nak datang malam tu bertanyakan tentang business Shaklee. Saya ON aje sebab saya tau Mkb boleh handle coaching tu nanti sekiranya malam tu saya dah sakit sangat. Masa ni saya masih diamkan lagi contraction yang saya alami. Cuma pergerakan saya dah mula perlahan dan sekejap-sekejap saya akan duduk berehat ambil nafas.

Oh ye! Kalau nak tau, Roll ni juga penyanyi asal OST Supermom, Tiada Alasan Untuk Berjaya. Boleh tengok video kat bawah ni k

Saya masih ok. Saya masih pujuk baby tolonglah keluar 16 April nanti.. please sayang..

Bersambung seterusnya .. kisah malam tu 😉

UPDATE : Bukan Gentle Birth, Anna – Part 2

Love,

Hadhatina Mkb

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...