Apa yang Best Tentang iPhone6 dan iPhone6 Plus (Video Unboxing dan Review)

Alhamdulillah .. akhirnya saya dapat ganti iPhone5 saya dengan iPhone6 yang baru! Disebabkan terlampau teruja langsung aje balik daripada cash and carry gadget baru saya ni, terus buat video unboxing dan review ni.

iPhone6 dan iPhone6 Plus

Saat-saat beli iPhone6 dan iPhone6 Plus

Basically, saya boleh cakap perubahan paling ketara couple baru iPhone ni ialah daripada segi saiznya yang besar, iaitu 4.7″ untuk iPhone6 dan 5.5″ untuk iPhone6 Plus. Ia juga lebih nipis dan ringan.. so, mak ramai anak macam saya ni yang handbag penuh kuranglah beratnya.

Ni sample foto guna iPhone baru.

iPhone6 Plus

Muka Am guna iPhone6 Plus

iPhone6

Muka Am guna iPhone6

Comel je..

Apa lagi yang best pasal iPhone6 ni ye?

Antara ciri upgrade menarik yang terdapat pada iPhone6 dan iPhone6 Plus ialah tentang keupayaan videonya :

  1. kemampuan HD and full HD video capture
  2. video 1080p HD pada 60 fps slo-mo
  3. video 240-fps slo-mo
  4. time-lapse video
  5. ciri OIS* kini pada hardware (bukan lagi pada software macam generasi iPhone5)

OIS ialah singkatan kepada Optical Image Stabilization di mana untuk generasi iPhone6 ni, fungsi untuk kurangkan kesan “goyang” atau “hand-shake” pada video yang kita capture ada pada lensa kamera iPhone ni sendiri. Memang puas hati!

Dan, untuk hasil optimum semestinya saya perlu tonton video-video HD ini di skrin (besar) Retina display daripada Apple.

Nak tengok macam mana rupa video slo-mo (slow motion) yang saya maksudkan tu? Kenalah tonton video unboxing DUAL iPhone6 Gold dan iPhone6 Plus Space Grey ni k 😉

Amacam? Best tak? Lepas tonton jangan lupa SUBSCRIBE tau! Bagi saya yang memang suka capture sweet moments dengan anak-anak syurga saya ni, memang saya suka sangat. Plus, saya dan suami bolehlah bereksperimentasi extra lagi untuk pelbagaikan video-video di channel Youtube kami!

Nak tau lebih lanjut pasal ciri-ciri baru generasi iPhone6 boleh jenguk website Apple k?

Stay tuned untuk next video iPhone6 kami k 😉

Salam Mesra,

Hadhatina Mkb

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This entry was posted in Vlog.