Little Caliph Kindergarden Parents – Teachers Meeting 22.11.2016

THANK YOU, TEACHER!

Pagi tadi ada meetup dengan teachers di tadika IchaBella. Sedih hati mak sebenarnya, sebab minggu ni last Icha kat situ. Mak ni memang.. sentimental orangnya, tapi suka berlagak cool. Dalam hati ni Allah je tahu rasanya..

a

ICHA

Alhamdulillah.. teacher komen Icha banyak improve daripada mula2 dia masuk dulu. Of course la kan, sebab kawan2 mak pun cakap benda yang sama.. family pun cakap macam tu.. mak syukur banyak-banyak, dan berterima kasih banyak-banyak pada teachers yang sabar melayan dan mendidik Icha anak mak ni..

b

Kata teacher, Icha awal2 dulu pendiam juga sebenarnya. Kurang berkawan pun ye jugak.. cuma sejak masuk tahun kedua, Icha dah mula bising, rajin berbual dan bertanya teacher. Maybe Icha malu sebab mak tau, dengan kawan-kawan Shaklee Kids dia kecoh je.. lagi satu, maybe sebab Icha pelat yang buat jadi macam tu..

Untuk Icha.. arts, science dan maths alhamdulillah dia skor. Tapi, tang bahasa agak slow. Mak tak salahkan teacher sebab memang tanggungjawab mak untuk follow up balik kat rumah.. Icha memang jenis budak fokus tak lama, dia cepat bosan.. lagi2 membaca agaknya hihi.. beza betul Icha dengan mak tau masa kecik2 dulu.. mak ni suratkhabar pun mak baca (credit goes to opah Hajjah Nur Huda)

BELLA

c

Yang this girl pulak memang kelakar. Teacher tanya mak (dan abah sekali actually ada tadi), Bella ni macam mana kat rumah? Pendiam ke? Hihihi… mak cakap, Bella banyak cakap.

Rupanya, kata teacher Bella ni kawan baik dia kat school ialah Icha 😀 ha ha ha mak dah agak dahhh.. sebab setiap kali mak yang jemput Bella balik mesti dia sorang2 ke.. atau tgh tggu mak kat pintu grill tu ke.. sedangkan Icha kadang2 mak ambik Bella balik pun dia tak perasan sebab busy melompat sana sini bermain dengan kawan2.

So, hasil discussion dengan teacher Bella tadi kami just buat kesimpulan Bella maybe malu2 lagi.. plus, dia ada tempat bergantung dia kat school iaitu kak Icha. Mak rasa Harlinda Halim pun situasi yang sama masa dia sempat darjah 1 sekejap kat Sultan Idris dulu.. sikit2 along.. sikit2 along… hihi.. tapi, bila pindah sekolah lain sekali dengan abah (abah kami cikgu tau); terus jadi sangat bertanggungjawab dan jadi kesayangan sekolah.

Tentang pelajaran Bella ok, cuma maybe sebab cabaran nak atasi ‘malu’ tu dia slow sikit tang reading and iqra’; walhal kat rumah kemain lagi menghafal lancar. Bella ni macam mak kecik2.. pendiam sangat kat sekolah, cuma bezanya mak anak sulung so mak banyak independent.

All in all, alhamdulillah mak gembira dengan pertemuan dengan teachers IchaBella harini. Banyak lagi teachers cerita dan komen serta pesan tadi.. inshaALLAH mak dan abah akan tunaikan. Teacher dah buat yang terbaik, bukan senang nak didik anak orang walaupun dibayar tau.. hanya mereka yang penuh kasih sayang dan rasa tanggungjawab mampu pegang title tu.

Doa mak, moga ALLAH mudahkan perjalanan hidup anak2 mak di dunia dan akhirat. Masih panjang lagi perjalanan hidup kita, masih banyak lagi tanggungjawab mak dan abah pada anak2 kami.. tapi, nakkk juga tambah kan? Hihi.. sebab kami tau kami mampu ambik tanggungjawab tu dan sebab tu juga ALLAH izinkan kami beranak ramai2.. alhamdulillah. Siapalah kita nak menilai masa depan anak2 sekadar tengok pencapaian harini je..

Dan doa mak juga, moga ALLAH rahmati hidup teachers anak2 mak.. garang pun takpelah sesekali, sebab mak pun garang juga 😀

Last but not least, walaupun mak sedih tahun depan kak Icha dah takde kat situ.. tapi, sebab anak mak ada 2+1 lagi ni belum sekolah.. maka, mak akan tetap jadi pengunjung setia tadika IchaBella .. yeay!

TANPA GURU, SIAPALAH KAMI

d

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...