Baru-baru ni saya dapat emel daripada Maybank dengan tajuk “Replacement and Activation Debit Card via Maybank2u“.
So, semalam kebetulan kami ada urusan di Maybank, sambil tu ambiklah peluang nak tukar kad debit yang baru. Lagipun, kalau ditangguh-tangguhkan nanti menyusahkan saya yang memang rajin shopping (Shaklee) secara online je ni.
TAPI, sebelum saya nak share cara nak tukar dan aktifkan kad ATM/debit baru ni, saya ada sedikit announcement PENTING..
Buat semua Pengedar Shaklee berdaftar dengan saya, Master Hadhatina MKB, yang masih belum lagi membuat pengaktifan digital subscription anda; samada secara online atau walk-in ke branch atau melalui call ke Customer Service Shaklee.. anda boleh buat harini juga atau hubungi direct saya di 0192939886.
Ok, jom sambung topik asal kita tadi.
Ada 2 cara nak dapatkan dan aktifkan kad debit yang baru ni :
CARA PERTAMA : WALK IN
- Walk in ke branch, jumpa staff bertugas di kaunter customer dan isi form. Pastikan korang ingat no akaun bank, jangan lupa bawa MyKad dan paling penting, kad debit yang nak ditukar.
- Bila giliran dipanggil, datang dan biarkan staf bertugas uruskan semua. Korang cuma kena bagi thumbprint, key in password untuk kad dan bagi signature aje.
- Siap dan boleh terus guna!
Kelebihan walk-in ni, tiada cas dikenakan pun.
Ini kadnya. Oppss..! Kad yang lama saya tak sempat snap gambar lak.
CARA KEDUA : VIA MAYBANK2U
Refer kotak-kotak warna kuning.
Ringkasan arahan:
- Log on ke Maybank2U
- Pilih tab “Card Management”
- Pilih “ATM/Debit Card”
- Sahkan alamat pos korang dan accept Terms&Condition (untuk pengggantian kad baru). Bayaran sebanyak RM12 dikenakan.
- Isi TAC dan follow instructions kat skrin sampai habis. Dalam contoh di atas, saya tak dapat nak buat tutorial sampai habis sebab kad ATM/Debit saya dah siap aktif semalam.
Kelebihan kad baru ini ialah apabila korang buat bayaran guna kad, which kad korang tu kena swipe kat mesin kad kredit/debit tu, no pin yang korang dah set tu perlulah di key-in. Maknanya, lebih secure lah. So, takdelah kes sape-sape yang lengai tu, kad missplaced kat mana-mana orang lain boleh guna sukahati. InshaALLAH.
Tapi, janganlah suka-suka tak jaga elok-elok pulak ye.. lagi-lagi kad debit. Duit sendiri tuuu..
Ok. Sekian perkongsian hari Jumaat. Jangan lupa ganti kad baru yee.. susah pulak nak shopping nanti kalau dah expired date.
#MakAnakRamai