Bukan Gentle Birth Baby Anna! – Part 2

Maaf saya terlewat nak sambung story kelahiran baby Anna.

Selepas ‘cucu Shaklee’ saya Aida pulang selepas menghantar tempahan tilam kekabu tu, saya masuk dalam bilik tetamu (bilik berpantang saya) untuk berehat. Sebenarnya, masa ni saya dah mula rasa gesaan yang konsisten walaupun jaraknya panjang. Takut kan? Tapi, sebab keinginan saya kuat nak baby lahir pada 16 April nanti, maka saya bertenang meskipun rasa sakit tu sedikit mengganggu aktiviti saya.

Ada apa dengan 16 April? Hehe.. sebenarnya tarikh tu adalah tarikh harijadi Mkb. Special la tu..

Saya masih belum siapkan lagi beg hospital saya. Nak packing apa pun saya buntu sangat masatu.. lagi saya tengok bilik berpantang saya tak ready apa, cuma drawer baju Ikea je dah siap letak pakaian baby dalam tu. Dalam pada buntu tu, Am minta nak menyusu. Mengamuk. Tantrum. Saya susukan juga sekejap tapi surrender sebab tak boleh nak baring lama-lama. Setiap kali baring mesti kontraksi tu makin kuat.

Coaching Bakal Leader Shaklee Sambil Layan Surges

Surges ni contraction. Benda yang sama, tapi bagi yang belajar ilmu gentle birth ada beberapa istilah mereka guna perkataan lain.

Okey. Kawan Mkb datang juga malam tu bersama isterinya untuk belajar ilmu Shaklee, asas bisnes dan sedikit konsultasi produk. Mujur bab bisnes Mkb yang handle, saya cuma bantu bab konsultasi produk. Masa ni nak bercakap pun suara antara nak dengan taknak keluar je. Nak duduk bersila pun dah tak boleh, rasa ‘something kat situ’, padahal belum ada apa kot.. hehe.. Saya duduk Jepun je sepanjang masa. Kejap-kejap berdiri sebab taknaklah tetamu nampak kita sakit huhu.. bukan selalu dapat jumpa pun.

Alhamdulillah, sessi coaching berjalan lancar. Isteri Kamarul Borhan pun tengah sarat mengandung juga, so, mereka ada beli Vitalea dan Ostematrix malam tu sebagai permulaan men”Shaklee”kan diri mereka.

Saya? Rasa mervellous sebab berjaya lalui saat tu. Tambahan lagi bila lepas bersalinkan baby Anna mereka kata tak nampak langsung saya macam sakit malam tu. Hehe.

Lepas tetamu pulang, Am mengamuk lagi sebab nak tidur. Sumpah saya tahap menangis dah tak mampu nak breastfeed Am malam tu sebab setiap kali Am breastfeed, memang contraction makin kuat. Dalam hati, Ya Allah.. mau beranak esok aku ni agaknya.. Tapi, saya susukan juga Am sebab kesian.

.. last-last, Mkb yang tidurkan Am sambil berdiri. Kesian suamiku sayang.. Terima kasih, abang.

Merangkak Dari Tingkat 1 ke Tingkat 3 Siapkan Beg Hospital

Lepas semua orang tidur, barulah saya ada kelapangan masa. Masa ni lah saya baru terhegeh-hegeh nak berkemas bersiap. Tapi, saya bukannya siapkan beg hospital.. saya sibuk lipat baju baby, basuh lagi satu bakul baju baby yang baru beli, kemas dapur, dsb. Aduii.. agaknya separuh hati saya masih harap supaya tak bersalin lagi esoknya. Memang saya jenis degil orangnya.

Sambil tu, saya main apps Contraction Timer (CT) yang saya install di iPhone6 saya. Woohoo.. jaraknya masa tu lebih kurang 5-7 minit. Ikutkan dah kena ke hospital. Oh ye! Masa saya main apps tu saya tengah breastfeed Am. Sempatlah breastfeed Am 3 kali masa sakit-sakit tu.

Lepas Am dah tidur semula, saya risau pula bila tengok bacaan kat apps CT tu. Time ni memang saya akui dah kuat dan kerap sangat gesaan tu sampai saya dah mula terpaksa buat macam-macam gaya untuk kurangkan rasa tak selesa dan sakit tu. Paling selesa gaya yang kat gambar bawah ni..

Pregnant woman on all fours

Pregnant woman on all fours

Semua harta-benda saya perlu bawa ke hospital ada di bilik tidur utama; yang mana bilik tidur utama terletak di tingkat 3 rumah kami. Nekad dan perlahan-lahan, saya mula bergerak nak naik atas. Saya masih taknak kejutkan Mkb sebab cadangnya lepas dah siap packing baru kejutkan dia. Mulut saya tak henti-henti zikir “Lailahailla anta subhana inni kuntumminazoolimin“.. Jalan selangkah dua, saya ‘on all fours’. Rasa macam baby nak keluar sangat lak, tapi sebab ini bukan pertama kali bersalin, saya tau belum time dia. Plus, kawan-kawan yang ada pengalaman natural birth bagitau, time baby nak keluar tu masa tu kita (1) dah ada rasa give up; (2) takleh bercakap or senyum. Huhu.. dua-dua pun saya okey je.

Paling syok saya ingat masa naik tangga. Ya Allah, naik 2-3 anak tangga saya jatuhkan badan dan diam sampai hilang sakit.. akhirnya sampailah ke tingkat 2. Pergi SoHo dulu check apa-apa barang nak ambil. Kat tingkat 2 tu je mau 15 minit lebih kat situ. Siap tingkat 2, saya merangkak-rangkak lagi naik ke tingkat 3. Sampai je di bilik tidur, saya baring-baring dulu. Ambik mana-mana barang keperluan ke hospital. Lepas tu saya mandi juga 🙂

Siap mandi saya turun balik ke bawah dalam keadaan yang sama. Sakit datang saya merangkak. Tapi, demi ALLAH.. saya sangat-sangat menikmati sakit tu sebab saya rasa bebas mengawal sakit tu dengan cara saya. Rasa ‘kembang’ kat bawah tu memang sakit tapi best. Best sangat. Mulut saya masih lagi zikir dan pujuk baby supaya sabar dulu sebab saya taknak bersalinkan baby kat rumah. Hehe.

Akhirnya.. sampai jugak saya ke tingkat bawah. Alhamdulillah. Mkb tengah lena tidur. Final packing done, saya pun pergi sebelah Mkb dan bisik (suara saya dah tak boleh keluar sangat), ” Abang, sakit sangat ni..”, nak nangis pun ada dalam bisikan tu. Yang ajaibnya, Mkb bangun (ha ha ha) dan terus kalut tanya nak ke hospital ke? Saya angguk dan beritahu saya dah siap barang.

contraction

Kredit Imej Carian Google on contraction

Nak dijadikan cerita, dalam pada saya dah ready nak ke hospital tu, Mkb kehilangan handphone (dia tak tau kat mana letak last). Lepas tu, saya dah siap masuk van (Vellfire) tak boleh start pulak enjinnya sebab bateri habis. Hahaha. Mujur kereta Jazz ada, tu pun minyak copos-copos. Juga, time tu Icha pulak terjaga dari tidur so terpaksalah bawa Icha ke hospital.

Aduii..

Kelahiran Baby Anna

Long story cut short. Saya dah pun ada dalam labour room di Hospital Bersalin UMRA dalam jam 5.40 am TAPI … kena marah dengan Dr Karamjit sebab datang lambat. Sebabnya dalam rekod kesihatan tulis saya pembawa GBS+. Actually, rekod tu cuma based on previous pregnancy je, sebab kata doktor if previous pregnancy dah ada biasanya the next pregnancy pun ada. Tiada sebarang swab test dibuat pun untuk pastikan rekod tu tepat. Apabila seorang ibu tu direkodkan sebagai pembawa GBS+ maka sebelum boleh ‘keluarkan’ baby ke ON antibiotik dulu.

So, saya kenalah tahan sakit tu dulu sementara antibiotik habis. Sambil tu saya dah tak keruan sebab dah kena ‘ikat’ kat katil labour room (which saya tak suka sebab buat saya penat). Ini kali pertama doktor buat VE tak inform berapa dah bukaan serviks masatu.. takmo saya risau kot sebab saya tau memang anytime je ni. I can feel it. Mula-mula Mkb takde dengan saya sebab temankan Icha kat luar.. then, sebab tak tahan sakit, saya minta staff nurse panggil dia masuk.

Elok Mkb masuk dan urut-urut belakang saya, misi lak urut-urut peha.. doktor pun masuk, check antibiotik dah ON.. so saya ni dah boleh ready nak push. Doktor pecahkan ketuban dan guide saya untuk push. Entah berapa kali push pun saya tak tau tapi doktor ni memang bagus dan sangat profesional (ni kali ke-4 dengan beliau).

Alhamdulillah.. tak sampai 5 minit lepas doktor pecahkan ketuban, baby Anna pun selamat dilahirkan ke dunia. Jam 6.30 pagi dengan berat 3.85 kg. Normal. No tear. Alhamdulillah.

Baby Anna yang fresh sebaik dilahirkan ke dunia

Baby Anna yang fresh sebaik dilahirkan ke dunia

Cuma, saya ada masalah dengan uri lepas tu. Tersangkut. Kata doktor sebab masa dia ‘tarik’ rahim mengecut. Entahlah saya pun tak berapa faham.. nanti masa buat pap-smear saya nak tanya. Sakitnya ya Allah tak taulah sampai doktor suruh bagi gas kat saya lak masa tu. Mungkin kena ‘seluk’ kot.

Tapi, amazing.. inilah pertama kali bersalin saya rasa cukup energetik selepas proses bersalin tu.. hatta sakit nak ‘beranakkan’ uri tu lagi teruk dari sakit nak beranakkan baby sendiri. Kat bawah ni gambar saya lepas keluar labour room masuk kat wad. Wad nye dekat depan LR tu je.

Ceria je baru lepas bersalin

Ceria je baru lepas bersalin

 

Alhamdulillah.. siap pun entri ni. Secara peribadi, saya amat sukakan pengalaman bersalin kali ini meskipun impian saya mahukan kelahiran secara semulajadi tak tercapai.. tapi sekurang-kurangnya, pengalaman bersalin ni beri ilmu dan pengalaman baru yang amat berguna untuk bantu saya lahirkan anak-anak seterusnya.. ameen.

6 Perkara menarik kelahiran baby Anna Agnetha :

  1. Long prelabour, short active labour sangat penting untuk bantu reserved energy semasa dan selepas bersalin
  2. Pengalaman merangkak dari tingkat 1 ke tingkat 3, turun tingkat 1 semula adalah sangat manis!
  3. No VE sehingga saat masuk LR.. yeayy!
  4. Kesal sebab tak buat birth plan bebetul, at least saya boleh minta uri baby Anna keluar secara natural
  5. Kesal sebab walaupun fully breastfeed tapi baby tak diberi direct atas dada saya sebaik keluar (which saya jangka kalau berlaku saya takde masalah uri sangkut tu)
  6. Next pregnancy saya akan pastikan betul2 ada kuman GBS tu.

Selamat datang Anna Agnetha!

Baby Anna Agnetha

Baby Anna Agnetha

Nukilan emak, hari 46 baby Anna.

Alhamdulillah. 🙂

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...