WAHM ~ Lebih Daripada Sekadar Restu Suami

Syukur alhamdulillah.. tahun 2012 merupakan tahun kedua saya menjalani life sebagai seorang WAHM, iaitu ringkasan kepada Work At Home Mom. Seorang surirumah yang bekerja dari rumah.

Sungguh! Saya enjoy dengan life sebagai seorang WAHM meski ada masa terasa hati dengan orang-orang terdekat yang apabila memperkenalkan saya mengatakan “dia tak bekerja” .. padahal income bulanan saya boleh dikatakan lebih daripada seorang staff bertaraf Manager di company suami tempat suami saya bekerja. Tapi, mungkin sebab personaliti saya yang sempoi, jarang berhuha-huha, sedikit kalut maka saya kelihatan seperti seorang surirumah yang sangat naif 😉

Surirumah naif yang jadi buruan bank untuk gunakan kad kredit mereka.

Pada saya, untuk menjadi seorang WAHM, pertama sekali izin, restu dan support daripada suami amat penting. Ini kerana apabila dia memberi keizinan dan restu, secara automatik dia akan support kita daripada segala aspek. Dia sentiasa bersama memberi idea, pandangan, komen dan kritikan demi membantu kejayaan isterinya sebagai seorang WAHM. Support dari segi material dan moral tanpa banyak soal.

Kita pun janganlah ambil kesempatan pula 🙂

Berusaha bersungguh-sungguh. Tunjukkan yang kita boleh, kita kuat dan kita mampu. Apabila hati mula rasa down dek karenah customers yang pelbagai, sales yang tidak menunjukkan graf yang cun, atau kesempitan wang nak beli CD comel-comel untuk anak .. berilah hati kepada ALLAH swt.

Saya sendiri ada masa-masanya rasa begitu down. Sibukkan diri, baca buku-buku motivasi, serahkan hati kepada ALLAH .. suami saya adalah pilihan terakhir selepas tiga perkara tadi untuk jadi tempat mengadu sebab saya mahu dia cuma nampak dia berkahwin dengan seorang wanita yang kuat. Saya cuma mahu dia tahu yang saya tak sia-siakan kepercayaan, izin dan restu yang dia berikan.

Tu pun biasanya saya buka mulut apabila mood dah okey semula, “abang, sebenarnya kan haritu bla bla bla .. ” .. hehe.. dan biasanya suami saya ni akan beri idea bagaimana saya nak handle situasi yang sama di masa depan. Melainkan down teruk sampai suami perasan .. tu masuk bab lain lah 🙂

Stress semua orang ada stress masing-masing. Uruskanlah stress dengan bijaksana. Rumah bersepah-sepah, anak belum mandi belum makan, suami lagi sejam nak balik kerja tapi kita belum start masak, baju tak berlipat .. dan order customers pula tak sampai-sampai ke tangan mereka. Stress. Apa nak buat? Tarik nafas dan senyum. Tariklah aura-aura positif masuk ke dalam diri. Kemaskan rumah ala kadar, siapkan anak-anak, tanak nasi, masukkan baju-baju dalam bakul dan sorokkan dahulu .. dan beritahu customers kita berusaha dan sama risau dengan mereka sebab barang belum sampai. Ok. InshaALLAH boleh.

Ada masa kena kurangkan cerewet.

Suami saya sangat suka dengan pilihan saya ni. Katanya, itulah yang sepatutnya. Paling penting pada saya, anak-anak saya dibesarkan dengan tangan saya sendiri, apabila suami pulang kerja saya sentiasa ada menanti (sebab tu agaknya dia suruh saya balik berpantang sini cepat-cepat .. hehe.. rindu ye?), dan belanja pun tak banyak mana nak guna. Menyenangkan hati dia kan?

WAHM. Betul banyak cabarannya tapi hadapilah dengan tenang, hadapilah dengan senyuman, dan selang-selikan dengan tangisan yang bisa membawa kejayaan. InshaALLAH boleh ..

🙂

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...