Icha, Bella & Shaklee

Saya sebenarnya nak upload foto anak-anak saya, Icha dan Bella. Tapi ada masalah pula dengan WP ni. Ok takpe.. kalian boleh lihat gambar mereka di Facebook saya, Hadhatina Mkb. Setiap hari saya upload segala macam aksi dan perkembangan mereka.

Saya dah 12 hari habis pantang. Syukur .. peluang saya untuk fokus pada biz Shaklee saya pula setelah dapat peluang berehat. Takdelah berehat sangat pun sebab time dalam pantang pun saya tetap B.A.U cuma dalam keadaan terhad.

Rutin harian saya masih kelam-kabut walaupun Icha dan Bella sebenarnya dah ada jadual masing-masing. Jam sekian mereka bangun tidur, mandi, makan, menyusu dan bermain. Cuma biasalah budak-budak.. lagi-lagi Icha yang baru jadi ‘kakak’. Ada juga sedikit-sebanyak cemburunya .. cemburu tapi sayang. Ye, Icha sangat sayangkan Bella, sampai dia sanggup ketepikan cemburu dia.

Icha sedang asyik menyusu dan Bella tiba-tiba terjaga, menangis.. tanpa perlu saya beritahu, Icha akan automatik berhenti menyusu sekiranya tangisan Bella berpanjangan. Kalau Bella nak menyusu, Icha nak join sebelah sebab dia nak main-main jari-jemari comel Bella, usik-usik hidung, mata, telinga dan bibir Bella. Kalau saya dan Icha sedang sarapan atau berada di ruang tamu (bawah), dan Bella tiba-tiba menangis sebab takut sorang-sorang… Icha yang kecoh bagitahu adik dia menangis.

Yes she lovesss Bella so much!

Cemburu tu biasalah. Tapi, as parents kenalah pandai-pandai handle. Saya memang lebihkan Icha daripada Bella buat masa ni SEBAB Bella belum faham seperti yang Icha faham. Tambahan lagi Icha ni budak perempuan .. lebih sensitif. Saya sampai menangis masa mula-mula nak biasakan diri dengan ‘cemburu’ dan ‘kesedihan’ Icha .. sampai saya call emak dan tanya, “Mak, masa inda lahir dulu along jeles tak?”. Mak cakap takde.

Cuma bezanya, saya dilatih untuk sentiasa beralah dengan adik-adik.. which saya belum mampu buat pada Icha. Mungkin saya kesian pada Icha.. kecik sangat lagi kan? Apapun, saya dah 98% berjaya lakukannya. Pengorbanan itu perlu. Saya penat sangat. Letih. Stress. Namun apabila melihat kasih Icha terhadap Bella.. rasa puas hati sangat-sangat!

Icha, mak sayang kamu sangat-sangat!

Mommies yang baru beranak sorang .. jangan risau nak bagi adik pada anak kalian. Parenting is a never-ending learning process (sebab tu elok kawen muda-muda seperti yang ISLAM sarankan)

Pasal Shaklee. Alhamdulillah .. rezeki bertambah tahun ni. Syukur. Rezeki yang saya tak perasan saya dapat. Alhamdulillah. Biz partners pun dah bertambah ni.. bermakna tanggungjawab pun makin besar dan saya pun takleh selamanya berada di tahap ni. Saya cuma tinggal dua langkah aje lagi sebelum mencapai title impian saya dalam Shaklee. Namun, itu bukan matlamat terbesar .. ada yang lagi besar. Saya ada niat.

Bercakap pasal niat, inshaALLAH, niat utama saya join biz Shaklee dulu 1) sebab nak jaga suami dan anak-anak di rumah 2) nak dapat duit untuk bantu suami, bukan untuk saya sorang berbelanja. Syukur.. dua2 saya dapat sekarang. Puas hati. Cuma saya perlu lebih tenaga, lebih usaha, lebih terurus supaya saya dapat kedua-dua ni dalam bentuk yang lebih sempurna. Ameen.

Okeylah. InshaALLAH saya sambung cerita lagi, Idea banyak tapi saya kurang bijak mengatasi kekangan yang ada sampai tak sempat nak update blog.

Adios Amigos! Bubbye! 😉

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This entry was posted in Shaklee.