Tragedi Baby Jogger ‘Patah Kaki’ di Helsinki Finland

Akhirnya, setelah hampir 18 jam berada dalam kabin 6316 kapal Gabriella Viking Line, kami sekeluarga pun tiba di bandar Helsinki. Bandar ini merupakan ibu kota dan bandar terbesar Finland. Alhamdulillah, malam tu saya lena tidur walaupun beberapa jam aje gara-gara kesejukan. Bestnya, kami semua leka berada di dalam kabin kecil tu sampai terlupa tengok jam. Terlepas sarapan pagi dalam kapal. Rugi sebab bayar, kan?

tiket Gabriella Viking Line cruise Stockholm Finland

Tiket pergi balik ini adalah kunci kabin juga

Suhu memang rendah pagi tu. Sekitar 9 ke 10 darjah Celcius. Mujur Icha, Bella dan Am memang saya pakaikan baju berlapis-lapis. Do not trust summer in Finland, okey? Hehe. Bukan aje sejuk, malahan hujan sikit-sikit sekali sekala. Angin sejuk menyapa pipi sampai kebas pipi masing-masing. Pipi saya dan Am memang dah kering sekarang ni. Mujur ada Herbal Blend Cream daripada Shaklee.

Mid summer weather in Helsinki

Suhu hari tu sejuk sangat

Oh ye! Di Finland saya roaming guna Celcom Zonal Data Roam, tapi mahal giler. Mujur handphone mati so selamat duit saya. Lagipun sejuk macam tu jari saya nak pegang apa pun tak larat. Kebas.

Oleh kerana trip ini adalah unplanned, maka sampai dah tiba di Helsinki pun kami masih tak tau kena guna matawang apa. Tapi kami ada bawa beberapa krona (crown), euro dan usd; balance trip London-Paris-Amsterdam dulu. Rupa-rupanya di Finland mereka guna matawang Euro. Fine, tapi satu masalah sebab kami ada €15 aje. Maka, dengan perut kelaparan sebab belum breakfast, suhu sejuk, kami menapak mencari mesin ATM. Suasana agak lengang sebab haritu adalah mid summer holiday. Tapi, kami tetap enjoy sebab bandar Helsinki sangat cantik dan unik! Hampir menyerupai Paris!

Alhamdulillah, puas menapak kami pun jumpa mesin ATM. Jadi, kami kembali ke area market square untuk sarapan dan meneruskan trip ke Pulau Suomenlinna dengan menaiki feri. Feri ni datang pick up di area tu setiap 20 minit dan perjalanan ke Pulau Suomenlinna ambik masa lebih kurang 15-20 minit sahaja.

Malang tidak berbau, semasa kami tengah ‘kejar’ feri yang baru sampai, tayar kanan stroller Baby Jogger City Select kami terlanggar semacam small bumper dan patah. Ohohoho! Bayangkan keadaan kami masa tu? Jadi, terpaksalah kami delay naik feri sebab nak repair tayar pulak.. Haha. Option yang ada pada masa tu cuma balut dengan selotep tebal-tebal je. Mana nak cari kedai stroller apatah lagi kedai hardware pula masa tu? Kami pun ada beberapa jam aje di Helsinki sebab petang tu dah nak balik ke Stockholm. Jadi, pasrah ajelah balut ‘kaki’ Baby Joggger dengan selotep aje. Lepas tu kami pun terus ke Suomenlinna.

Tiba di Suomenlinna, kami sebenarnya ambik pekej ada tourist guide akan bawa kami round pulau tu. Tapi, tour tu akan bermula pada jam 2:30 petang, sedangkan masa tu baru jam 12:30 tengah hari. So, kami stop minum kopi, berfoto dan melawat muzium yang berdekatan. Jam 2:30 petang, tour bermula namun dipendekkan cerita kami tak dapat follow tour tu disebabkan oleh masalah dengan stroller tadi. Memang tragis. Tapi, sebab kami dah biasa buat trip spontan macam ni, jadi kami takdelah kalut sangat cuma yelah.. Every seconds count. Kami di Finland, bukan Malaysia! 🙂

Baby Jogger City Select in Suomenlinna Finland

Posing bersama Baby Jogger City Select in Suomenlinna Finland

Nampak tu? Diringkaskan cerita, kami buat tour sendiri di Pulau Suomenlinna dan terus balik ke Helsinki. Di Helsinki, kami shopping souveniers sikit di market square tadi. Beli yang mampu aje janji ada kenangan kami dari bandar cantik ini. Menariknya, kat pasar boleh guna debit card. Mesin debit card tu wireless dan sambung ke iPad. Canggih. Hehe.

Maka, berakhirlah trip pendek kami di Finland. Ada juga ura-ura nak sambung ke St. Petersburgh (dah ke Rusia) tapi nampaknya memang ALLAH belum izinkan. Masa tak cukup dan stroller pun dah rosak tu. Next time lah.

Kami kembali ke Viking Line dan duduk dalam kabin yang sama. Another 18 hours yang buat saya rasa amat terharu dan bersyukur. Sempat buat satu vlog lak tu.

Baltic Sea from inside cabine in Viking Line Gabriella

Mkb takut tengok laut tak bertepi, saya lak teruja ya amat 🙂

Alhamdulillah, dah selamat tiba di Stockholm. Banyak lagi tempat nak lawat ni. Tunggu entry saya seterusnya k. Ni tengah berura-ura nak beli stroller paling glamour di Stockholm, Bugaboo 🙂

 

love,

hadhatina Mkb

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...