SOHO Saya

SOHOku 🙂

Taraa!!

Inilah pusat operasi saya. Simple je. Gabungan idea suami dan saya. Habis pantang je terus serbu Ikea (masa tu kebetulan sales) selama dua minggu berturut-turut. Sambil kami beli rak putih tu untuk mini library saya. Nanti saya upload gambar mini library tu pula. InshaALLAH.

Semasa di rumah lama dulu, saya takde office. Sekadar beroperasi dari ruang tamu rumah. Tapi, masalahnya apabila family dan kawan-kawan datang, especially family, saya terpaksa berpindah angkut semua peralatan saya ke tempat lain. Yelah, sebab kat ruang tamu kan? Di situlah tempat berbual, tengok TV, layan YouTube, main game dan lain-lain.

Now, saya dah request kat suami, SOHO ni saya punya ruang kerja peribadi. Semata-mata untuk urusan biz Shaklee saya, urusan kami suami isteri merancang kewangan dan juga tempat ibadah/mentelaah kami berdua. BIG NO to urusan tak berkaitan.

Bagi seorang WAHM, mempunyai sebuah centre adalah antara elemen penting yang membantu untuk lebih fokus dalam urusan biz yang dilakukan. Apatah lagi, bergelar WAHM segala urusan berkaitan kewangan keluarga juga menjadi tanggungjawabnya. Mudah. Nak cari apa-apa dokumen ada di satu centre.

Saya memilih ruang tamu atas kerana mudah untuk saya memantau seisi rumah dari situ.  Saya boleh lihat Bella di dalam bilik tidur kami, saya boleh lihat Icha yang bermain dalam bilik tetamu atau dalam mini library kami, saya boleh dengar suami saya menonton TV di ruang tamu bawah, ada tingkap yang menghala ke pagar rumah yang memudahkan saya mengetahui brother kurier dan posmen datang. Senang!

SOHO saya bersifat central-operation dan baby friendly, selain harus lengkap dan bersifat menjana tenaga dan cas-cas positif untuk saya. Ya, apabila saya berada di situ, saya seronok dan teruja melaksanakan amanah saya.

SOHO anda bagaimana pula? 🙂

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...