Shaklee Cares for Our Children Program Amal “Sejuta Meal Shakes”

TAHNIAH sekiranya anda adalah antara yang terlibat dalam membantu 2000 buah keluarga kurang bernasib baik di Malaysia sepanjang bulan September dan Oktober ini!

Shaklee Cares for Our Children

Beli 3 Meal Shakes Percuma 1 dan anda bantu 2000 buah keluarga kurang bernasib baik

 

Program besar-besaran Shaklee Cares for Our Children ini telah pun dilancarkan pada 14 Oktober 2014 yang lalu, bertempat di Dewan Desa Temuan, Damansara Perdana. Program kerjasama antara pihak Shaklee Malaysia dengan Yayasan MyKasih ini dirasmikan oleh Datin Paduka Seri Hajjah Zaleha bt Ismail. YBhg Tan Sri Datin Paduka Seri Hajah Zaleha bt Ismail merupakan bekas Menteri Perpaduan Negara Dan Pembangunan Masyarakat dan kini beliau ialah Presiden Yayasan Suara Wanita (Yasnita).

Objektif program ini ialah untuk menyalurkan bantuan berjumlah RM1 Juta kepada 2000 buah keluarga kurang bernasib baik di Malaysia dalam bentuk bekalan makanan tambahan Shaklee Meal Shakes selama 6 bulan. Keluarga yang mempunyai anak di antara usia 4-12 tahun diutamakan.

Salah satu keratan akhbar mengenai program khas ini.

 

Shaklee Cares for Our Children

Shaklee labur RM1 Juta

 

Alhamdulillah.. sebenarnya saya dan suami, serta barisan Business Leaders Shaklee turut mendapat jemputan khas ke majlis pelancaran tersebut dan kami pula sempat membuat sedikit liputan ringkas mengenai program ini.

Shaklee Cares for Our Children

Bersama 2 orang bakal Master Supermom, Ainul dan Nurul

Shaklee Cares for Our Children

Barisan Business Leaders Shaklee dan RM1 Juta untuk program ini

 

Video pendek liputan pelancaran program khas tersebut oleh YourSuperMomHD.

Sekiranya anda berminat untuk menjadi antara penyumbang kepada program ini, jangan lupa untuk mendapatkan SET PROMO MEAL SHAKES BELI 3 PERCUMA 1 daripada Shaklee yang bakal berakhir jam 11.59 malam esok! Sebanyak 10% daripada hasil jualan Meal Shakes daripada anda akan disalurkan ke tabung Yayasan MyKasih ini.

Info tambahan – kelebihan dan khasiat Meal Shakes :-

  • Setiap hidangan yang dicampur dengan susu rendah
    lemak mengandungi 240 kalori tenaga

    • Membekalkan tenaga untuk memulakan hari si manja
  • Sumber protein yang kaya dengan 9 amino asid penting
    • Menyokong perkembangan tumbesaran yang sihat
  • Sumber terbaik kalsium dan serat pemakanan
    • Membantu mengekalkan kesihatan tubuh dan
      sistem pencernaan
  • Membekalkan 19 vitamin dan mineral penting, termasuk
    vitamin A, Bs, C, D, E, zat besi, zink dan iodin

    • Untuk tubuh kekal sihat dan kuat
  • Formula rendah lemak dan rendah indeks glisemik
    • Untuk mengekalkan berat badan ideal

Boleh juga baca lebih lanjut di blog Diari Vitamin!

Jom kita membeli sambil beramal!

 

Salam Manis,

Hadhatina&Mkb

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...