Bukan Tragedi Oktober

Alhamdulillah. Dah masuk hari terakhir bulan Oktober 2014. Bermakna genap sudah 2 tahun kami bergelar Master Coordinator Shaklee. Jika menyusukan baby, dah lengkap pun tempoh penyusuan. Jika ambik tiket kapal terbang, kami dah boleh ada seat sendiri. We are no more baby!

Fokus pada target

Banyak yang kami belajar sepanjang tempoh 2 tahun pertama menjadi Master Coordinator ini. Antaranya tentang kepentingan mempunyai matlamat yang jelas dalam kehidupan, kepentingan menjaga ukhuwah di dalam organisasi, pelbagai strategi bisnes, leadership dan paling best bisnes sebenarnya kian mendekatkan diri kita dengan Pencipta.

Perjalanan kami tidak mudah, namun bak kata PM Nur Laila semasa ucapan beliau di Shaklee National Conference pada bulan Jun lalu, ” Bila impian sebesar gajah halangan jadi sebesar kuman”. Setau saya tungau je kot paling kecik kita boleh tengok dengan mata kasar yang sihat. Kuman ni kena guna mikroskop. Jadi, maknanya impian yang besar, target yang jelas sangat membantu kita fokus sehinggakan tak nampak halangan-halangan yang ada! 

Halangan adalah cabaran! Cabaran itu asam rencah kehidupan. 

Masih banyak lagi impian kami belum tercapai. Masih ramai lagi perlu kami sentuh dan ubah menjadi lebih baik hidupnya. Masih belum cukup pahala nak ke syurgaNya. 

Apapun, syukur kami berjaya lalui 2 tahun pertama ini dengan cemerlang.

Happy 2nd Anniversary of Masters Coordinator untuk kami, Hadhatina & Mkb ❤️❤️❤️

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...