Pengalaman 35 Hari Berpantang Bersalin

Semalam saya dah mulakan sessi penutup berpantang dengan bidan vogue saya, Siti Aishah Confinement, atau nama glamour beliau, Ice. Saya ambil 3 hari sessi penutup ni ; ada urut dan tangas kering.

Gambar pertama Bella :)

Gambar pertama Bella 🙂

Urut kali ni sama dengan urut yang mula-mula Ice buat masa minggu pertama berpantang dahulu, bezanya cuma tang sengkak tu je. Sengkak ni kalau yang tak tahu ialah proses menaikkan atau menolak peranakan ibu yang lepas bersalin ke tempat asal. Masa urut 3 hari yang mula-mula dulu, takde sengkak ni, cuma yang dibuat ialah ‘pujuk’ (tolak dengan lembut peranakan kita tu). Sengkak tak dibuat masa tu sebab rahim/ perananakan kita still lemah dan bengkak. (Saya pernah terbaca even kita sengkak pun time tu ada kemungkinan turun semula. Wallahua’lam)

Menurut Ice juga semalam, sessi penutup berpantang ni sebenarnya terpulang pada ibu tu nak buat sehari boleh or 3 hari macam yang saya ambillah. If sehari then proses sengkak tu mungkin lain.. lebih pressure kat bahagian perut time sengkak sebab ‘sekali harung’. Maybe a bit sakit (bagi yang tak tahan sakitlah). If 3 hari so pressure yang dikenakan berbeza pada setiap hari. Saya sengaja ambil 3 hari sebabnya saya dah langgar pantang 10 hari sejak kembali ke Shah Alam ni.. ni je lah harapan saya nak minta tolong Ice betulkan mana-mana urat yang keras dan salah, plus dapatlah saya buat sessi tangas kering ni 3 hari gak. (Boleh je nak buat lepas tu tapi bila saya ambil pekej macam ni, bawah kawalan mak bidan saya ni.. lebih teratur)

Tangas kering. Pertama kali saya buat semalam. Pada yang pernah follow artikel Ice di blog beliau, boleh refer kat sana untuk lebih detail. Macam-macam info ada untuk panduan ibu-ibu selepas bersalin. Semalam tangas kering saya tak berapa power sebab takde dapur gas nak panaskan baru sungai. Just berpeluh kat area ‘tu’ je la.. hehe. Kalau betul-betul punya panas, ikut steps yang betul, proses tangas kering ni akan membuat seluruh tubuh kita sweat (berpeluh) macam bersauna.. saya boleh imagine betapa bestnya. Hopefully dapat rasa macam tu harini.

Tangas kering ni, bagi ibu-ibu dalam pantang, hendaklah dimulakan pada hari ke 30. Time tu darah nifas pun dah stop, or dah kurang. Proses tangas ni akan mengeluarkan sisa-sisa kotoran, darah yang masih tertinggal dalam rahim kita (mana-mana yang belum habis), mewangikan, mengetatkan dan untuk kesegaran seluruh tubuh. Please expect things like that selepas buat tangas okeh?

Memandangkan tempoh berpantang saya pun dah nak habis, dan rumah baru saya pun banyak dah settled hal mengemas yang ‘besar-besar’, so, start minggu ni saya akan kembali menjalani rutin berpantang sehabis baik semampu saya. InshaALLAH. Setakat ni dalam pada langgar pantang pun, pengambilan suplemen saya memang tak missed.

Dan, saya nak promo sikitlah.. dua jenis minyak keluaran NR memang best ; Minyak Herbanika (hijau) dan Minyak Berubat (purple). Minyak Herbanika ni saya suka sapu seluruh badan selepas mandi dan sebelum tidur. Rasa sedappp je badan ni.. panas dan segar. Minyak Berubat tu pulak saya buat sebagai minyak baby.. urut satu badan Bella dengan minyak tu, lena anak saya tu tidur lepas tu. Kembung pun takde.. if ada angin, terkentut-kentut si Bella (tapi tak meragam.. best sangat!). Banyak lagilah kegunaan dua jenis minyak ni 🙂

InshaALLAH.. saya pun bukan jenis orang tak jaga badan, sangatlah health concious dan beauty concious, dan saya sendiri pentingkan natural beauty .. sebab tu ALLAH jodohkan saya dengan Shaklee hehe.. jadi, walaupun dah terlanggar pantang, saya yakin boleh pulihkan semula tubuh badan saya ni. InshaALLAH.

Okeylah.. till then.. blog Shaklee saya pun dah lama tak ber’hapdet’ kan? Sure korang rindu kat saya.. still struggling 😉

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...