Hari Terakhir Berpantang di Kampung Bahagia

Walaupun saya memang ingin pulang ke pangkuan suami, tapi saya mampu nafikan dan bohong hati kecil saya bahawa saya masih mahu lagi bermanja dengan emak dan abah saya.. masih tak puas bergurau-senda dengan adik-adik saya.

Walaupun 10 hari cuma, tapi, saya cukup bahagia. Terasa seolah kembali ke 10 – 20 tahun yang lepas. Emak kejutkan pagi-pagi ajak sarapan. Time saya dulu.. emak bancuh Ovaltine atau Milo panas, sekarang emak bancuh Oligo sebab adik bongsu saya, Nabil, suka minum Oligo. Bukan sebab emak saya fulltime housewife dia boleh buat macam tu setiap pagi.. tapi   sebab kami adik-beradik memang suka minuman yang emak bancuhkan. Orang lain tak boleh buat air sesedap tu. Emak akan bancuh satu tumbler besar dan kami share minum ramai-ramai. Tapi, dalam pantang ni.. emak terpaksa bancuh dua tumbler besar sebabnya saya dan Icha je dah habis se’tumbler’.

Kemudian, kalau agak-agak saya nak mandi lewat, mak suruh bertungku dulu. Tungku tradisional. Tak pernah sekali saya bakar sendiri dan siapkan tungku tu sepanjang tinggal di sini. Kalau bukan emak.. abah yang tolong buatkan. Saya tinggal guna je.

Makan minum pun terjaga. lambat sikit je mak dan abah marah saya.. “Nanti masuk angin“.. siap Kakak warning saya, “Baik Along makan, kalau tak nanti mak marah Kakak” kehkeh.. Makan pun sedap-sedap sampai Icha jadi montel balik. Kat rumah saya ni, bukan orang berpantang yang telan air liur tahan takleh makan lauk orang lain.. tapi orang tak berpantang sibuk nak makan lauk berpantang saya. Kira istimewalah kan? Biasanya saya dengar orang cerita, “Kamu takleh makan tu.. takleh makan ni.. lauk kamu yang ni je“.. huhu! Kat rumah ni, “Semua lauk ni along boleh makan.

Rumah saya ni rumah kampung je.. dua tingkat. Bawah batu atas papan. Buruk. Takde aircond (saya sebut aircond ni sebab saya dah biasa guna aircond sejak kawen). Kadang-kadang panas berbahang sangat. Banyak kucing. Bulu kucing merata-rata pun. Serba-serbi buruk lah katakan.. bersepah-sepah. Tidur pun merata-rata sebab rumah ni memang besar. Internet pun takde.. harap saya pinjam broadband Celcom yang Linda tinggalkan je untuk berbisnes.

Tapi saya seronok. Di sinilah saya dibesarkan. Saya tak pernah lupa tu.. mak dan abah bukan orang berada. Sebab tu rumah kami buruk agaknya. Abah pun pakai kereta buruk je.. sebab taknak berhutang. Mujur hutang PTPTN saya suami tolong langsaikan dulu. MARA saya pun FOC. Dulu-dulu emak ambik upah menjahit baju, buat kek, buat bahulu dan macam-macam. Sekarang kami dah besar, mak dah taknak buat lagi semua tu.. mak masak sedap-sedap dan jahit baju untuk anak cucu je.

Icha dan Bella pasti terasa ‘ketiadaan’ mereka nanti. Yelah.. Bella memang emak saya uruskan.. seronok emak uruskan sebab macam-macam tips dan petua emak bagi. Icha pula Mak Kak yang sama birth date dengan dia uruskan. Sampai Icha dah tahu kalau berak pergi cari Mak Kak dia. TQ Kakak sebab tolong uruskan Icha .. dapatlah Along relax sikit hehehe.

Saya tak dilayan macam raja pun kat sini.. mak saya pun sibuk juga ke sana ke mari, adik-adik saya pun taklah rajin mana pun. Kena marah juga dengan saya. Tapi sebelum mak nak buat apa-apa urusan lain.. emak akan pastikan semua keperluan dan kehendak saya dah selesai terlebih dahulu. Mungkin sebab tu takde sebab saya nak merungut tinggal di sini.

Hehe. Sampai dah kering airmata.. siap pun entry saya ni 🙂

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...