Oktober 2012 Yang Manis

Alhamdulillah.

Dah seminggu berada dalam bulan November. Bermakna dah seminggu juga berakhir promosi terhebat daripada Shaklee Malaysia, iaitu ESP. Mencatat sejarah hebat dalam closing Shaklee. Syukur.

Okey kita sambung cerita.

Alhamdulillah. Oktober juga mencatat kenangan yang manis dalam hidup saya sebagai salah seorang Distributor Shaklee. Mencapai rank tertinggi iaitu Master Coordinator setelah lebih 2 tahun bergelut dengan the best home-based business ini. Syukur!

Anak-anak saya juga telah menunjukkan prestasi yang superb dan magnificent pada bulan lepas. Sekali lagi syukur. Paling kelakar, ‘Jurus Cermin Ajaib‘ yang saya pesan saban hari pada mereka memang menjadi. Bukan semua orang YAKIN untuk mengatakan diri mereka CANTIK apabila berada di hadapan CERMIN. Tapi anak-anak saya mampu. Tahniah!

Impossible?

I’m possible!

Dulu, masa Kak Cery cerita pada saya pasal income RM60k dengan biz Shaklee pun tak terjangkau akal pendek saya. Cuma suami saya je yang yakinkan saya, “Sayang, dengan MLM, semua boleh.”

Yang penting, Shaklee adalah MLM sejati dengan plan pemasaran yang adil!

Nampaknya bayangan Umrah/Paris-London 2013 bukan lagi bayangan. Confirm! Alhamdulillah.

Perbualan pagi tadi dengan hubby.

” Abang, wedding anniversary next year nak ke mana? Sayang rindu kat India lak..”

” Boleh lah kita ke India lagi. Eh? Tapi yang Shaklee punya trip tu bulan berapa lak?”

Saya terus happy. Saban tahun, satu-satunya trip ke oversea yang saya hanya mahu bersama suami dan anak-anak SAHAJA ialah pada tarikh ulangtahun perkahwinan kami. Memang itu demand saya daripada mula kahwin. Semua urusan kerja dan keluarga time ni hold sebab saya dah booked siap-siap. Sorry!!

Ok. Will update later. All the best for me and the rest of my team!

🙂

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...