Berjaya dengan Peluang dan Kegagalan

Alhamdulillah. Selesai sudah Shaklee National Incentive Trip (Local) bagi sessi 2011/2012 di Pulau Langkawi pada 24 hingga 26 November baru-baru ini. InshaALLAH saya akan cuba untuk update pengalaman 3 hari yang penuh makna dan kegembiraan tu nanti. Still sorting the photos. Yelah.. belum sempat sampai ke Shah Alam, bertubi-tubi order vitamin Shaklee masuk sampai tak terkepoh saya dibuatnya. Syukur atas rezeki daripadaNya.

Kali ni saya nak cerita pasal PELUANG. CHANCES. Sebelum tu apa kata kita baca kata-kata motivasi ni 🙂

The important thing is not being afraid to take a chance. Remember, the greatest failure is to not try. Once you find something you love to do, be the best at doing it. – Debbi Fields

Saya sangat setuju. Dua tahun lepas. Saya hanyalah seorang plain housewife. Saya tamat kontrak dengan sebuah syarikat telco terkemuka semasa hamil 4 bulan. Lepas tu adalah cuba-cuba cari kerja tapi takde yang berkenan. Sebab apa? Banyak yang bercirikan penindasan. Sorry to say saya memang demanding orangnya. Jika saya rasa sesuatu perkara tu bakal mengganggu emosi saya kemudian hari, awal-awal saya reject. So sampai saya bersalinkan Icha, saya hanyalah seorang surirumah. Adalah juga buat biz kecik-kecik macam jual felt craft, produk kecantikan, dan aktif berblog (untuk income nuffnang dan adsense).

Sehinggalah saya kembali ke rumah saya di Shah Alam untuk sambung berpantang sendiri, saya bertemu dengan Shaklee masa nak cari suplemen yang saya boleh beli secara online. Bukan sebab nak tambah susu pun tapi sebab saya memang sedari kecil dah amalkan pengambilan suplemen ni. Alhamdulillah .. duit baki kerja di company terakhir tu masih berbaki RM200 macam tu untuk saya beli suplemen untuk ibu yang menyusukan anak. Oh ye! Gaji saya di company telco tu RM2400 plus bonus sebulan gaji Rm2400, so total RM4800 tu lah yang saya guna sampai saya nak habis pantang. Lebih kurang 7 bulan macam tu boleh survive. Memang jenis tak banyak guna duit 🙂

Masa tu, saya memang rajin update blog. Setiap perkembangan Icha pasti saya update. So, pengambilan suplemen Shaklee ni menambah rencah dalam hidup saya terutama penulisan blog saya. Less than a week saya dapat hasil yang superb yang saya tak terfikir pun. Masa tu saya cuma fikir mahu lebih tenaga dan mahu memenuhi lompong nutrisi dalam badan saya. Yelah, saya berpantang sendiri kan? Banyak kekangan.

Rupanya perkongsian positif saya di blog masa tu menarik perhatian salah seorang junior saya, dan terus dia contact kakak yang supplied suplemen Shaklee pada saya tu. Alhamdulillah .. dah namanya jodoh, junior saya ni terus jadi customer saya setelah satu tawaran serius untuk buat biz gara-gara hobi berblog saya tu.

So kakak tu offer saya join the team. Katanya saya ada potensi. Saya tak nampak pun potensi tu, tapi bagi seorang yang berjiwa besar, berjiwa Leader, diorang ni memang selalu ada vision. Alhamdulillah setelah berbincang dengan suami pasal offer tu, dah fahami markerting plan yang diterangkan (takdelah faham sangat masa mula-mula tu!), saya terima cabaran yang kakak tu bagi. Saya diberi tempoh percubaan selama 2 minggu untuk cuba biz ni. Lepas tu kami sama-sama decide.

Syukur, less than a week SAYA SUCCESS. Jun 10, 2010 saya signed up secara rasmi jadi Shaklee Independent Distributor, tapi bukan bawah kakak tu tapi di bawah Distributor asal saya buat order suplemen Shaklee ni. Serentak itu, bermulalah kisah hidup saya sebagai seorang penjual suplemen. Bulan pertama join saya berjaya dapat bonus Rm500++. Bagi seorang plain housewife macam saya, Rm500++ tu sangat bermakna apatah lagi duit tu datangnya daripada hasil usaha kita kan? Masuk bulan kedua, saya terus pegang income 4-angka dan Shaklee siap hadiahkan sebuah water filter (sekarang dah takde). Memang seronok! Hanya dengan melakukan 2 perkara yang saya minat, menulis blog dan makan suplemen, saya boleh generate income 4-angka. Saya juga tak perlu berpisah dengan Icha semata-mata nak cari duit belanja. Syukur!

Now, after 2 years plus, saya dah boleh pegang income 5-angka yang stable, and inshaALLAH akan jadi 6-angka tak lama lagi. Ameen! Method biz still macam dulu. Just create the demand by sharing the goodness of the products through blogs and Facebook. Cuma sekarang, saya ada tanggungjawab baru iaitu memastikan mereka yang berada dalam group saya turut sama generate stable 4-5-6 income.

Mari kita fikirkan ..

  • Seandainya saya tak berani ambil PELUANG yang di’offer’ oleh kakak tu.
  • Seandainya saya membiarkan pemikiran saya tertutup dengan menolak PELUANG yang datang.
  • Seandainya saya MALAS MENCUBA masa tu.
  • Seandainya saya taknak CABAR DIRI keluar daripada COMFORT ZONE pada masa tu.

Tak mungkin YourSuperMom Resources lahir.

Jadi, apabila PELUANG datang di depan mata, ambillah ia. Lagi-lagi apabila PELUANG itu datang bergolek. There is always second chance in our life, but no third chance. My true story. Mungkin kita ambil PELUANG PERTAMA tapi belum cukup matang lalu GAGAL. Jadi apabila ada PELUANG KEDUA datang.. katakan pada diri “Okey TRY ME . I will show you 🙂 “

Dan untuk berjaya, harus sentiasa bersiap untuk menghadapi apa yang bakal minda kita tafsirkan sebagai GAGAL. It is a learning process. Umpama bayi yang baru nak belajar bertatih, JATUH adalah proses belajar. Belajar menguatkan otot kaki. Belajar teknik berjalan yang betul. Belajar untuk stabilkan diri. Belajar untuk rasa sakit. Belajar untuk rasa frust. Belajar untuk enjoy the JATUH. Belajar untuk rasa dihargai oleh parents.

Ambil PELUANG SEKARANG dan bersedia untuk GAGAL. Kejayaan adalah milik kita semua. InshaALLAH.

 

Good Luck!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...