Kisah Icha si gadis lasak dan berani

Sedih saya mendengar aduan seorang teman yang katanya dilarang membawa anak untuk untuk company function. Alasan yang diberi, mengganggu aktiviti yang bakal dilakukan nanti. Terkejut teman saya tu mendengar alasan tersebut kerana setahu dia aktiviti yang bakal diadakan banyak bersifat santai.

If you ask me, why I am writing this entry? It is totally because I am against the reason given to her. Totally. For me, kids are everything to me. I’d rather stay at home with my kids, bergelumang berak kencing mereka, rumah yang pepak-lerak sana-sini dek kerajinan mereka, pening kepala dengan tangisan mereka, than having a luxurious treats from 5 stars hotel with my friends. Tidak ada satupun kemewahan dunia yang boleh mengubah diri saya.

InshaALLAH Icha dan Bella. Ini janji emak.

Abang, ini janji sayang. Abang pegang janji sayang ni sampai mati.

Okey enough on that. I pray that my friend can fight for her right, inshaALLAH 🙂

Malam ni saya nak cerita pasal puteri sulung saya, Alya Qatrisya, atau nama glamour dia yang menyebabkan emaknya ni pun jadi glamour, Icha. Dulu-dulu, masa awal-awal berShaklee, saya gunakan nick ‘Mommy Icha‘. Sampaikan saya ke mana-mana orang panggil saya as Mommy Icha. Tapi, diorang bukan tegur saya sebab kenal saya, diorang kenal Icha. Hinggakan saya ke branch Shaklee pun, ada seorang senior in Shaklee kenal saya sebab Icha. TQ kak. Sampai harini Hadha asyik lupa nama akak 😛

So, I was Mommy Icha sehinggalah Bella lahir .. I became Hadhatina Mkb, officially.

Icha ni lasak dan berani budaknya. Tang comel, cantik dan bijak takyah citerlah ye? Haha.  Lebih-lebih lak angkat anak sendiri. Meluat. Tapi Icha ada sesuatu yang saya tengok orang suka anggap kelemahan. Apa dia? Icha belum boleh bercakap dengan betul. Tapi pada saya, as long as Icha follows the right milestones, inshaALLAH takde masalah.

Icha ni lambat berjalan tahu. Umur setahun 5 bulan baru betul-betul berjalan. Tapi, rasanya sepanjang tempoh Icha belum mahu berjalan tu, sayalah orang paling tak risau. Even orang komplen pun saya tak kisah. Sebab saya tahu itu normal. Saya sendiri pun start jalan lambat. Suami saya pun start jalan lambat. Then, Icha pula tengoklah body michelin nya time tu. So, Icha berjalan lambat bukanlah satu kerisauan. Malah satu rahmat. Sebab apa?

Sebab masa usia Icha setahun sebulan lebih saya disahkan mengandungkan adik Icha. Allah knows best. Lebih mudah uruskan Icha yang malas nak berjalan masa tu daripada dia dah pandai berjalan. Betul tak?

Same goes to current situation yang Icha taknak bercakap ni. Basically, Icha takde masalah bercakap pun. Dia very the cotcetcotcet kalau you all nak tahulah .. Dunia saya sunyi time dia tidur aje. Dia bercakap bahasa German (haha). Intonasi Mr Maker dan watak-watak kartun Mickey Mouse. Tak percaya? Tak suruh percaya pun. Berlakon pun pandai. Pernah sekali, saya tengok dia masuk bilik (saya dalam bilik tu), dia tutup pintu bilik tu, buat muka cemas sambil badan disandarkan pada pintu, letak tangan kat dada sambil bernafas laju-laju. Oh mulut comel tu buka sikit ala-ala orang tak cukup nafas sebab kena kejar hantu.

Boleh imagine tak? Haha.

Just bayangkan watak tikus dalam kartun Tom and Jerry tu je time dapat peluang menyorok. Tu la aksinya. Memang pandai berlakon. Menangis tipu pandai sampai keluar air mata. Berlakon main gitar siap pejam mata. Suka menyanyi. Jadi, tak pandai bercakap tu tak jadi masalah lagi buat masa ni. Saya percaya, Icha akan membesar dengan jadi orang yang bercakap sopan-santun macam saya. InshaALLAH

Icha ni budak bertuah. Sebelum genap usia 2 tahun dia dah habis travel satu Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak. Saya umur 30 tahun barulah lengkap. Haha. Icha mula travel seawal usia 38 hari. Saya follow suami ke Penang untuk kursus. Ok. Maknya pun tak kurang hebat. Siap naik feri dan Icha ni kalau nak tahu is a colic baby. Alhamdulillah .. both me and Icha survived.

icha's first trip at 38 days of life

Penang. Umur Icha baru nak masuk 40 hari.

 

Sebulan lepas tu, kami ke Langkawi, for our wedding anniversary yang pertama. Unplanned. Saya dan hubby dah biasa kerja-kerja unplanned ni. Alhamdulillah .. ni didikan sebelah family hubby sebenarnya yang ‘semua boleh’. Best masa tu, kami cuma ada maxi cosi tu tapi takde rangka roda tu. Jenuh jugalah. Dahle naik feri. Sempit. Panas. Sebelum tu lak, travel dari Shah Alam sampai ke Kedah tu. Allah aje yang tahu.

 

Tunggu kereta kabel nak balik. Sempat panjat tangga.

Alhamdulillah .. kami survived. Malah kami enjoyed the trip. Siap naik kereta kabel, siap turun naik tangga yang tinggi tu. Icha baru 2 bulan lebih sikit masa tu.

Balik daripada Langkawi, kami sambung trip ke Singapura untuk event CommunicAsia.

Hebat kan Icha? Langsung takde masalah walaupun dia seorang colic baby.

Bermula daripada Langkawi tu, suami dah cakap pada saya, dia nak Icha jadi budak tahan lasak. Bawa ke mana-mana pun boleh. Bila-bila masa even tengah-tengah malam pun okey. Jangan jadi macam sesetengah budak yang asal jalan jauh je muntah, demam, dll. Lasak.

Syukur. Memang sampai sekarang saya dan suami takde masalah nak bawa Icha ni ke mana-mana. Paling hebat masa wedding anniversary kami di India tahun lepas. Seminggu di India, di Golden Triangle. Suhu mencecah 45 darjah celcius. Muka Icha dah macam udang kena bakar. Merah. Tapi langsung dia tak meragam. Malahan, kuasa Allah, kami bertiga pulang ke Malaysia dalam keadaan sihat. Sedangkan, kata suami, member dia mengadu dia balik India demam berhari-hari. I’m proud of my girl .. and myself jugalah sebab masa kat India tu saya tengah hamil 4-5 minggu. Hehe.

Melbourne 2010.

Agra Fort gate.

India 2011. Agra Fort gate.

 

So, tu sedikit cerita pasal my girl. Jangan ingat, anak-anak saya dua-dua girl, diorang lembik-lembik ya. Lasak-lasak budak perempuan lah. Makin besar dia makin bijak. Kalau dulu orang ambik barang dia, dia diam. Now ni, dia jerit balik tak bagi. Kalau pergi ke surau or masjid or kuliah yang kami ikuti, Icha yang start cari budak-budak kecik lain buat kawan. Icha suka berlakon jadi raksasa. Kalau you all tengok video Master Celebration kat channel YouTube saya (Hadhatina Mkb), ada dengar suara raksasa tu, suara Icha lah tu.

She’s not perfect. Of course. Ada juga kekurangan. Tapi kekurangan yang akan diperbaiki seiring usia. Baru 2 tahun kan umurnya?

As her mom, I am very proud of her. I always pray the best for her, dunia wal akhirat. Semoga membesar sebagai seorang scholar muslimah ternama, inshaALLAH.  Semoga menjadi kakak yang bakal memimpin adik-adik ke jalan ALLAH. Semoga menjadi anak yang akan memberi doa yang akan menerangi kubur emak dan abah. Ameen.

Icha’s trip (dari album Facebook saya)

12 – 15 Mei 2010 – Icha’s First Outstation

Icha’s Trip to Langkawi ( 12 June 2010)

Icha went to Singapore ( June 2010 for CommunicAsia)

Icha ke Terengganu (July 2010)

Icha’s Kelantan Trip ( Nov 2011) – Aug to Oct kat Facebook abah Icha

Dan banyak lagi, tahun 2010 tu juga kami ke Melbourne melawat family di Melbourne. Ada kat Facebook hubby gambar-gambarnya. Takde masalah pun Icha naik flight lama-lama tu. Saya jela kena korban tenaga sikit. Haha.

Tahun 2011 pun kami banyak travel. Setakat Penang, JB, Langkawi, Melaka, Indonesia dan Singapura tu dah biasa sangat. Alhamdulillah .. rezeki jadi isteri Mkb tu. Cuma tahun 2012 ni je kurang travel. Tu pun, masa bulan April lepas kami dah ke Miri dan Brunei (Bella dah ada passport tau!). Last travel masa bulan Jun baru-baru ni ke Vietnam. Backpacking with two kids.

So, perlu ke setakat nak pergi event yang selesa-selesa saya kena tinggalkan anak-anak saya sedangkan aktiviti lasak-lasak macam ni kami dah lali?

backpacking in vietnam

Hubby and Icha in Vietnam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...