Cara Bantu Isteri Berjaya Dalam Bisnes Shaklee

 

#mascelazrinmohd

Me and my darling, Azrin Mohd

 

Alhamdulillah, semalam 19 April 2014, pertama kali dalam hidup saya jadi “mak pengantin”. Mak pengantin dalam business Shaklee lah sebab anak Shaklee saya yang dah mencapai rank tertinggi dalam business Shaklee, iaitu Master Coordinator, diraikan.

Master Azrin dan Master Azmie ialah anak Shaklee saya yang pertama serius mahu mengubah kehidupan bersama Shaklee. Uniknya mereka berdua, walaupun nun jauh di Miri, namun mereka mampu memiliki satu empayar business Shaklee yang besar yang mana lebih 90% ahli terdiri daripada warga Semenanjung Malaysia! Kelebihan dalam bidang IT dimanfaatkan secara maksimum dan optimum untuk mencapai impian hidup. Bagi mereka yang mahu berjaya, alasan tidak wujud.

Seperti biasa, suami saya ambil peluang untuk rekod ucapan insan-insan cemerlang ini. Ini salah satu ucapan yang kami sempat rekod semalam, ucapan Master Azmie mengenai peranan beliau dalam membantu isterinya sukses dalam business Shaklee.

Link video di sini.

Peranan Suami Dalam Bantu Isteri Berjaya Dalam Bisnes Shaklee

  • Bagi restu
  • Bila dah bagi restu, jangan biarkan tapi support
  • Support dengan cara beri bantuan mudah-mudah. Contoh, pos barang, jaga anak, buatkan air minum masa closing, jadi pendengar yang baik.
  • Doakan isteri berjaya

Isteri pula, hargailah support yang suami beri tu. Rewards suami dengan segala apa yang kita mampu. InshaALLAH, cinta sampai ke syurga yang kita mahu, kan?

Salam sayang,

Mami Hadha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This entry was posted in Shaklee.