Cabaran #photoChallenge April di Instagram

Saya sebenarnya suka menulis. Sebab tu saya ada blog. Dari tahun 2007 saya dah mula berblog sebenarnya. Seronok berceloteh dan berkongsi macam-macam perkara dalam blog.

Apabila ada anak, masa untuk saya menulis blog jadi limited (sikit), tapi kerana passion saya masih mampu menulis. Cuma tak le aktif. Barangkali sebulan beberapa entry aje. Tapi, sebab saya bisnes secara online, saya kena cari jalan supaya boleh tetap brand kan diri saya. So, saya pilih gunakan gambar. Banyak aplikasi untuk edit foto bagi pengguna smartphone/android. Just be creative!

Last year kot, saya mula aktif dengan instagram.

Instagram ni orang guna untuk real-time photo snapping selalunya. Ada filter untuk buat foto jadi cantik. Ada hashtag untuk tag dan collect foto-foto tu. Dan ia juga ada salah satu dari social media markerting yang berkesan.

Saya suka gunakan instagram (selain Facebook) untuk bersosial dengan kawan-kawan dan famili saya. So, untuk share kesukaan saya ni, saya adakan satu cabaran berfotoIG yang pertama, melalui instagram.

JOM SERTAI wahmilicious* INSTAGRAM adventure – APRIL 2014!

Mari ambil peluang ini untuk luaskan networking kita di instagram. Mari kita berukhuwwah dan bersilaturrahim. Cabaran yang simple, it should be fun!

wahmilicious* INSTAGRAM adventure

wahmilicious* INSTAGRAM adventure

 

Bermula  21 APRIL 2014, anda dijemput untuk menyertai cabaran 7 hari ini. Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi menyertainya 🙂

 

Objektif saya ialah untuk berblogging dengan cara yang simple tapi seronok, namun tetap berkesan untuk menyampaikan matlamat anda.

 

Apa anda perlu buat? Follow aje arahan dalam gambar di atas. Satu hari satu gambar.

  • Isnin, 21 April 2014 : Gambar apa yang ada di atas meja anda.
  • Selasa, 22 April 2014 : Outfit Of The Day. Apa yang anda pakai hari tu?
  • Rabu, 23 April 2014 : Gambar kanak-kanak
  • Khamis, 24 April 2014 : Apa yang jadi inspirasi anda?
  • Jumaat, 25 April 2014 : Bahan bacaan terkini
  • Sabtu, 26 April 2014 : Gambar makanan paling best pada tarikh ni
  • Ahad, 27 April 2014 : Suasana malam di mana anda berada

Jangan lupa, setiap gambar yang dipos ke instagram gunakan hashtag #HADHAPhotoChallenge untuk kita sama-sama view dan like gambar-gambar tu.

Senang dan best kan? Selamat berfotoIG!

Luv,

Hadhatina Mkb

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...