4 Manfaat Ketawa Untuk Kesihatan Tubuh Badan

Saya memang suka ketawa, walaupun saya tak mudah tersenyum. Tapi saya kalau bergambar mesti senyum beriya-iya sebab dah jadi habit. Senyum ni banyak manfaat. Satu tips saya dapat mengenai senyum yang saya gunakan dalam bisnes ialah ; senyum masa jawab call, tulis entry blog dan reply pm customers. InshaALLAH ia membawa aura yang positif kepada kepada kita yang menulis dan mereka yang membaca. Cubalah 🙂

Okey, harini dah Day 3 punya prompts. Malam tadi saya ingat nak qadha buat 2 entry terus tapi Ilham selesema. Icha dan Bella pun selesema ni. Bolehlah cuba petua garlic socks nampaknya. Adik saya, Harlinda Halim, ada bagitau cara nak buat last week. Jadi, apa prompts Day 2?

What was the last thing that made you laugh?

Ilham dan keluar sebatang gigi dan perkara tu buat saya sangat gembira sampai asyik ketawa tak henti-henti. Saya sangat happy! Sangat kiut okey apabila seorang bayi lelaki mula ada gigi, dan apabila saya usik-usik gigi yang baru nak keluar tu, Ilham macam faham je sebab dia gelak-gelak. SO CUTE!

Murah rezeki Ilham rajin senyum

Murah rezeki Ilham rajin senyum

Ketawa ni kalau betul caranya memang jadi ubat. Jom sambil tu saya nak share 4 manfaat ketawa kepada kesihatan tubuh kita :

  1. Merendahkan atau menstabilkan tekanan darah.
  2. Membantu mengurangkan hormon stress berlebihan seperti kortisol dan adrenalin.
  3. Tahukah anda ketawa membantu anda sukar terkena selesema? Ini kerana ketawa defend against respiratory infections.
  4. Meningkatkan daya kepekaan (alertness), ingatan dan kreativiti.

So cukup 4 benefit ketawa. Apapun, ketawalah dengan berpada-pada ye. InshaALLAH bersederhana itu memang selalunya baik.

Salam sayang,

Hadhatina Mkb

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...