Korang suka makan kuih tat gulung tak? Saya suka sangat! Suami saya lagi suka! Satu balang pun dia boleh habiskan. Haha, just kidding! Melampau kot sampai macam tu.
Okey, so disebabkan suami saya suka sangat makan kuih tat gulung ni plus dia tahu (buat masa ini), saya confirm takkan buat kuih raya sendiri lagi, maka dia beri saya satu idea supaya buat kuih ini beramai-ramai bersama team hebat Supermom! Yeahh, alhamdulillah idea suami yang disampaikan oleh saya mendapat sambutan positif. Malahan, segala urusan pembelian bahan-bahan, venue, attendee diuruskan oleh mereka juga bersama team Supermom Office. Lebih menarik, mereka sendiri tambah acara buat dodol. Semua ini diuruskan ketika kami berada di Stockholm haritu. Kami sediakan bajet je. Harus buat sumbangan tau sebab kami bukan boss, tapi “makbapak” diorang 😀
Destinasi pilihan kami ialah Melaka. Rumah ibu kak Miah di Londang menjadi pilihan. Actually, daripada tahun lepas kami dah ushar rumah ni untuk projek raya tahun ini. Sebab apa? Suasana kampung original kat sini. Siap ada bela angsa pulak. Tambahan lagi, rumah kakak ipar kak Miah depan rumah je.
Kuih Tat Gulung Air Tangan Supermom Sisters
So, pada 28 Jun yang lalu kami dan team kecil adik-beradik Supermom Sisters telah berjaya merealisasikan program raya tersebut. Sebanyak 9 buah keluarga kecil terlibat. Actually tak cukup korum tu sebab Sarah, Zeti dan beberapa geng yang ada last year tak dapat join.
Saya dan suami join masa 28 Jun tu, tapi the rest dah pun berkumpul masa hari Jumaat lagi untuk siapkan kuih tat gulung beramai-ramai. Acara buat kuih ini diketuai oleh kakak chef kami, kak Siti Rozita Othman, wakil Shaklee di Tanjung Minyak, Melaka. Saya dan suami tak larat join sebab masih jetlagged hihihi. Lagipun kami tau anakcucu kami ni jenis berdikari dan pandai bawa diri.
Alhamdulillah. Siap lebih 1000 biji kuih tat gulung malam tu. Ni gambarnya.
Resepi Tat Gulung Kak Ita Melaka
250 gm mentega
60 gm gula kastor
1 biji kuning telur
400 gm tepung gandum
40 gm tepung kastad
I sudu kecil esenvanilla
Cara adun pastri tat nanas
- Mentega dan gula dipukul hingga Kembang sedikit.
- Masukkan telur kemudian masukkan setengah sudu kecil asen vanilla dan akhirnya masukan tepung kastard dan tepung gandum sedikit demi sedikit .sesudah sebati ..sudah siap untuk mengulung.
Cara mengulung kuih tat nanas
- Picit dalam acuan tat, letakkan inti nanas yang telah dibulatkan kecil-kecil.
- Sebelum dimasak, sapukan telur yang telah campurkan sedikit inci kuning di atas kuih yang telah siap untuk dibakar.
Aktiviti Masak Dodol dan Rakaman Video Raya Supermom.
Teaser dulu. Nanti saya sambung dalam entry yang lain sebab entry ni saya nak share resepi tat gulung tu sebenanrnya.
Stay tuned!
Luve,
Mami Hadha