Shaklee National Conference 2014

Assalamualaikum,

Alhamdulillah.. sempat juga suami saya, Master Mkb, siapkan satu teaser pendek sempena Shaklee National Conference (NC) 2014 yang bakal berlangsung pada 7 dan 8 Jun nanti. Tak sabar rasanya kami berdua dengan NC kali ini.

Shaklee National Conference ni diadakan setahun sekali, dan biasanya dalam bulan Jun. Ia adalah untuk meraikan para Distributors Shaklee seluruh Malaysia yang menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang cycle kalendar Shaklee (daripada bulan Mac ke bulan Februari). Pelbagai aktiviti menarik ada sepanjang program ini seperti perkongsian kisah kejayaan daripada successful business leaders, pelancaran produk baru,  motivational talk daripada CEO Shaklee Corporations (wow!), persembahan dan pastinya upacara penyampaian anugerah demi anugerah 😉

Biasanya, majlis yang gilang gemilang ini diadakan sehari aje. Namun, dek pertumbuhan 500% sejak beberapa tahun kebelakangan ini, tahun ini program NC ini bakal diadakan selama dua hari berturut-turut. Bukan siang aje tau.. siang dan malam. Semuanya demi meraikan kejayaan para Distributors ini. Memang superb!

Alhamdulillah. Tahun ini kami pun bakal turun naik pentas berkali-kali nampaknya, inshaALLAH. Namun, paling saya tak sabar, nak melihat anakcucu team Supermom yang juga bakal turun naik pentas berkali-kali nanti. Lepas tu, saya mahu bergambar beramai-ramai dengan mereka.

Saya akan cuba update lagi mengenai NC ni kemudian. Apapun, jemput layan teaser ringkas di bawah.

Adakah anda bersedia?

Love,

Hadhatina & Mkb

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...