Norman Aqasyah, Anak ke-5, Bayi 4 Kilo Hadiah Anniversary ke-8 Tahun EmakAbah

Alhamdulillah.. malam ni Allah izinkan saya untuk update kisah kelahiran anak kelima saya, Norman Aqasyah bin Mohd Kamarul Baharin. Bayi lelaki yang lahir dengan berat 4.13 kg dengan saya terpaksa menjalani prosedur MRP (manual removal of placenta) selepas tu kerana masalah ‘uri lekat’. Syukur alhamdulillah, ALLAH masih izinkan saya bernafas di muka bumi ini sehingga ke saat ini..

norman aqasyah mkb

Saya tak tahu nak start daripada bab mana kisah kelahiran baby Aqasyah ni sebenarnya. Segalanya berlaku dengan begitu pantas, dan pada saya ALLAH swt permudahkan banyak hal berkaitan kelahiran ini. Alhamdulillah.

Tak Sihat dan Stress Memanjang

Kehamilan kalini ini TAK SAMA seperti 4 kehamilan yang lepas. Dulu saya fit dan aktif sampai ke hari nak bersalin. Tu yang asyik travel satu dunia dan travel seluruh Malaysia jelajah menziarah anakcucu Shaklee sepanjang hamil; sehingga tercipta blog ini khas untuk saya berkongsi kisah travel saya bersama anak-anak.

Kehamilan kalini, masuk aje trimester 3, saya kerap tak sihat. ON OFF. Isnin sihat, Selasa tersadai, Rabu sihat, Khamis tersadai. Silap makan aje, satu badan angin sampai lembik rasanya. Ter’over’ mengemas rumah je (hobi saya mengemas dan menyusun barang dalam rumah); anggota badan saya sebelah kiri cramp. Sampai tahap lutut terpeleot bila berjalan.. mujurlah, semua cabaran tu datang masa trimester 3.

Faktor umur atau mungkin pembawakan budak. Namun, selalu saya positifkan diri, inshaALLAH kelahiran bayi ke-5 ni bakal mudah prosesnya.. kiranya itu positive affirmation saya lah 😉

Sibuk Dengan Macam-Macam Events Dan Program

Saya dijangkakan bersalin pada 15 Jun 2017. So, saya kena expect baby akan lahir 2, 3 hari awal macam tu.. based on pengalaman bersalinkan Anna (yang memang lahir betul-betul sakit bersalin datang secara natural). So, pada minggu ke-39 kehamilan tu saya masih izinkan suami untuk scheduled program kami bersama staff dan anakcucu Shaklee. Giler konfiden kata orang.. padahal anytime boleh ‘meletop’ dah tu..

So, pada hari Khamis, 8 Jun, kami buat sedikit majlis iftar farewell untuk ex-staff saya, Ayu dan Syahrul, di Tony Roma’s. Esoknya pula, ada Grand Iftar dengan anakcucu Supermom di Hotel Carlton Shah Alam. Then, hari berikutnya Sabtu pagi saya attend pula sessi studio photoshoot raya di office saya; ingatkan settled sessi photoshoot dah boleh rehat and fokus hal bersalin, tapi anak-anak Shaklee saya ajak berbuka puasa beramai-ramai petang tu. Saya serahkan pada suami handled sebab badan saya bukan larat sangat masatu.. three days in a row ada events plus-minus saya on off tak sihat.

So, saya dan suami pulang ke rumah dulu. Ikutkan suami suruh rest kat office tapi mak yong sarat dan perut rasa berat sangat; lagipun kot2 lah saya nak batalkan puasa seganlah kan kat anak buah Shaklee saya. Tak logik pulak laki aku ni suruh rest kat ofis masatu.. hahaha. Balik rumah saya tidur je sampai la petang.. saya terjaga pun sebab dengar suara kanak-kanak ketawa-ketawa. Rupa-rupanya dua orang anak buah Shaklee saya tu, Wani dan Nora, dah sejam bersilat kat dapur rumah kami. Isk isk isk..

Iftar Last Sebelum Bersalin

Alhamdulillah.. Allah mudahkan hajat kami semua nak berbuka puasa beramai-ramai haritu. Masak sendiri pula tu. Saya dan anak-anak buah saya tu dah macam family je.. rumah bersepah-sepah, anak-anak kami melompat buat bising dan sepah sana-sini, bersembang bergossip sampai larut malam (bukan hal business je) .. itu memang biasa. Orang putih kata bonding, kita sebut silaturrahim .. itu antara kunci kejayaan dan kekal dan business ni.

Sepanjang malam tu saya steady je.. jalan pun laju macam biasa, siap turun naik tangga. Cuma ada letih dan masih mengantuk lah sebab kurang rehat pun. Siang tadi tu pun tidur bukannya lena mana. Sekejap-sekejap saya ke toilet untuk buang air kecil. Al maklum perut saya besar mana, saya ni kecik orangnya pun.. dan, baby pun rasanya dah beberapa hari dah turun (lightening). Braxton Hicks lagi.

Tetamu last balik tak silap Wardah dan Epul. Lepas semua tetamu balik, saya bentang toto depan tv dan try nak tidur. Since tak boleh nak tidur pula, saya pun kemaskan bilik berpantang saya (yang memang saya tak prepare apa pun lagi). Dapatlah susun-susun sikit mainan dalam tu haha.. then, saya rasa letih so saya fikir eloklah saya tidur aje. Lagipun, suami ajak gi checkup esok.

Sakit Perut dan Asyik Sedawa

Jam masatu lebih kurang pukul 2 pagi. Macam biasa, saya ni tidurnya di celah-celah anak-anak saya. Korang bayangkanlah perut besar-besar macam tu kena himpit-himpit.. haihh.. saya ingat lagi, masatu dah masuk fasa nak terlelap, tiba-tiba perut saya rasa tak selesa sangat-sangat. Saya terkejut lalu duduk, konon nak bagi hilang sakit. Baring balik dan try tidur semula.. 3,4 minit lepas tu sakit balik. Sakitnya kat perut sahaja. Braxton Hicks memang biasa datang waktu-waktu macam tu.

Rasa memulas nak buang air besar.. memang itu yang hadapi setiap malam pun. So, saya pun pergi toilet.

Lama-lama saya jadi tak selesa pulak sebab tak boleh nak tidur dengan berbaring. Jadi, saya duduk ajelah dan cuba lelapkan mata. Dapatlah lena sekejap dalam pada perut rasa tak selesa dan rasa pelik tu.. suami pula syak saya nak bersalin dah. Saya kata, masalahnya sakitnya bukan macam sakit nak bersalin tu.. saya sendiri pun asyik sedawa je masatu. Saya syak sebab makanan berbuka puasa tadi memang ada unsur-unsur pedas; which masa tu memang BIG NO kat saya makan pedas. Menangis dalam toilet saya bila makan pedas.

So, suami tolong urutkan belakang dan kaki saya. Dia urut sikit je, saya sedawa. Sedawa sana, sedawa sini. Sampai penat pula asyik sedawa je 😛

Early Labor Bermula

Since saya tak syak yang sakit perut dan sedawa tu adalah tanda-tanda nak bersalin, saya tak keep track of time pun kalini. Yang saya ingat, suami kata dia nak siapkan makanan bersahur. Rupanya dah nak dekat jam 5 pagi. Saya tak tolong pun sebab tengah rimas asyik sedawa je masatu 😀 Susah pulak tu nak kasi sedawa.

Masa suami tengah sahur, dalam jam 5++ pagi tu, saya tengah bounced and swayed atas birth ball saya. Masa tu la suddenly saya rasa sakit perut zappp… menjalar sampai ke pingggang. Terkasima sekejap saya sebab saya tahu bila sakitnya menjalar ke pinggang bermakna dah masuk fasa early labor. Ya Allah.. aku tak siap apa pun ni… gumam saya dalam hati.

Terus saya pandang suami. Buat-buat muka tenang dan cakap,”Abang, sayang rasa macam sakit bersalin je ni.. sebab menjalar ke pinggang dah sekarang.”

Saya tak ingat apa suami jawab, tapi saya menggunakan super-power saya masatu terus pergi bersiap apa yang patut, especially beg hospital. Anak-anak kami suami uruskan. Angkut je masuk van nanti tak payah mandi. Saya bagitau suami contact je Nora sebab itu sahabat paling berkaliber babysit anak-anak kami selama ni hihi..

Saya bersiap dalam keadaan surges (contraction) yang makin kuat. Since saya dah ada pengalaman sakit macam ni time nak bersalinkan Anna dulu, so, saya tahu apa nak buat dan lebih relax. Surges datang je, saya buat je apa-apa posisi yang bantu saya ‘enjoy’ sakit tu.. paling senang, posisi merangkak dan bersujud. Saya juga applied breathing technique yang saya dah praktis dengan Braxton Hicks. Alhamdulillah boleh control lagi, tapi macam ‘orang gila’ jugalah saya packing barang nak ke hospital. Main campak-campak je..

The Bloody Show

Settled pack. Settled mandi. Saya cepat-cepat masuk van. Sebelum bertolak, saya sempat telan Ostematrix 4-5 biji, makan buah kurma 4-5 biji juga dan minum air zam-zam yang makabah bagi haritu masa diorang balik umrah. Sempat juga pergi tandas dulu nak kosongkan pundi kencing.. masatu baru ada ‘show’. Sedikit lendir bercampur darah. Fine. Memang nak bersalin dah ni.

Abang, dah ada tanda. Ada darah sikit tadi.” Saya bagitau suami.

Jam 7:50 am. Suami PM pada Nora minta tolong dia datang hospital untuk jagakan anak-anak kami. Perjalanan ke hospital lebih kurang 15 minit; dan syukur Allah mudahkan urusan kami sebab jalan tak jammed dan van kalini tak buat hal! Kalau nak tau, a day before (yang ada sessi photoshoot tu), jalan utama di Batu 3 tu jam teruk.. syukur sangat.

Tapi, saya dalam van dah menonggeng-nonggeng sebenarnya. Tak boleh duduk. Posisi duduk tu buat saya rasa baby tolak diri dia nak kasi keluar.. baguslah kan tapi saya belum sampai hospital. Instead, saya peluk kerusi tempat saya duduk tu je.

Saya pun tak tau jam berapa sampai di hospital. Tapi for sure by 8.15 am to 8.20 am saya dah ditolak masuk ke labor room. Saya request nak doktor perempuan (actually kena booked tau kalau ikut prosedur sini). Doktor K takde pulak dia bercuti. Mujur lagi Allah bantu dengan datangkan doktor E (Ya Allah saya memang nakkk sangat bersalin dengan doktor ni sebenarnya).

Masa Doktor E check (tak buat VE pun seingat saya), dia just tengok dan inform staff yang memang tak sempat dah.. entah, saya pun tak tau apa yang tak sempat. Cuma saya take note doktor bagitau, if saya ada rasa nak push, just push. Maybe la dah fully dilated and effaced masatu. Then, diorang tinggalkan saya dengan husband. Suami macam biasa, urut kaki, tangan, telinga .. dan buat-buat senyum hehe..

Tiba-tiba saya rasa nak push. Since doktor dah bagi green light tadi, saya pun confident, so saya push.. gushhhh.. rupanya baru ketuban yang pecah. Tapi, basah lah katil tu jadinya. Kalut suami panggil staff. Staff panggil doktor.

Doktor masuk balik dalam LR. Cepat-cepat setting katil semua. Dia pesan yang sama, if saya rasa nak push just push. Syukur, finally selepas beberapa kali push akhirnya baby pun selamat dilahirkan tepat jam 8.46 pagi. Sekejap je kan? Tapi, baju doktor basah (dia tunjuk baju dia basah kat saya hehe)

Uri Lekat dan Tumpah Darah

Dipendekkan cerita, lepas baby dah selamat.. barulah saya teringat yang saya bersalin ada problem masa nak keluarkan uri sejak daripada anak ke-3 dulu. So, kalini .. dah last minute tu barulah teringat nak doa pasal uri ni. Mula-mula ok je uri keluar cuma doktor kata tali uri saya agak kecik so dia kena tarik slow-slow. Tapi, once uri dah keluar pun saya pulak bleeding non-stop dengan begitu banyak. Saya tak rasa apa masatu, lemah or whatsoever.. tak tau la memang rasa macam tu ke apa.. dua kali kena inject kecutkan rahim kat paha masatu sebab dktor dan staff risau rahim kot-kot tak contract. Tapi, rahim saya mengecut dengan normal.

Last sekali, doktor scan perut saya sebab disyaki ada clot uri tak habis lagi keluar. Masa tu la saya asyik dengar doktor sebut MRP beberapa kali. Sambil scan perut, sambil dia seluk cari baki uri, dan sambil saya kena sedut gas (entonox tak silap saya) untuk kurangkan rasa sakit masa kena seluk tu.. yup, once baki uri berjaya dikeluarkan, bleeding stopped.

Sakit tak kena seluk? Rasanya kalau tak sedut gas tu memang boleh pengsan saya. But, the doctors and their team sangat profesional, caring and supportive.. saya hadapi saat getir tu dengan baik.

Saya kena stayed another one hour dalam LR untuk dipantau. Alhamdulillah semua ok. Just saya rasa dizzy kesan sedut gas, serta agak penat dan lapar sebab memang saya belum berpeluang rehat betul-betul dah beberapa hari pun. Seronok sungguh dah bersalin masatu.

Baby 4 Kilo dan GBS-Free!

Masa tengah rest dalam LR tu saya dengar doktor bagitau suami, baby ok, saya pun ok.. dan berat baby yang saya lahirkan tadi ialah 4.13 kg! Saya yang tengah lalok pun terkejut dengar. Saya hilang darah anggaran 750 ml. Tapi, seriously badan rasa ringan sangat-sangat dan ye, saya rasa lebih sihat. Berbulan saya tak boleh baring terlentang, ni lepas bersalin leganya dapat baring terlentang. Lagipun, saya bersalin takde koyak dan takde jahitan (since anak ke-2 intact). Alhamdulillah.. (inshaALLAH saya akan share tips bersalin tak koyak, tak jahit nanti)

Paling saya syukur, result GBS saya kalini menunjukkan saya bebas GBS. Memang rasa nak sujud syukur masa tau tu.. cuma saya rasa bersalah skipped ANC sebab GBS ni sangat bahaya dan boleh membawa maut pada baby. Memang ALLAH banyak sangat mudahkan urusan bersalin kalini.. banyak sangat2..

Masa masuk wad bersalin, Nora dan Wani tengah jagakan anak-anak saya. Thanks korang.. semoga ALLAH murahkan rezeki korang yang selalu dan sentiasa ada bersama saya, dalam susah dan senang. Juga, BIG THANKS untuk suami tercinta yang sentiasa menjaga kebajikan diri saya dari dulu hingga kini. I LOVE YOU.

Juga, syukur banyak-banyak pada ALLAH swt.. bayi yang kami namakan Norman Aqasyah ini juga adalah hadiah anniversary ke-8 tahun perkahwinan kami! Date anniversary pada 12 Jun, baby Aqasyah lahir pada 11.6.17 bersamaan 16 Ramadhan 1438 H. Esoknya Nuzul Quran.

Nak Bersalin Lagi Tak?

The rest of the story.. macam biasalah.. Isnin ni, saya dan baby Aqasyah dah officially 44 hari berpantang. And I think, berpantang kalini paling seronok walaupun anak-anaknya makin macam-macam karenah dan saya berpantang sendiri juga.. selesa berpantang sendiri dan lebih cepat pandai uruskan diri dan baby apabila berpantang sendiri.

I’m gonna missed all of these precious moments.. walaupun nyawa saya hampir hilang, saya tetap tak serik mengandung dan bersalin!

Ehem.. saya share sekitar foto Majlis Aqiqah baby Aqasyah.. hari ke-28 berpantang.. kalau rajin, saya buat satu entri bab berpantang nanti inshaALLAH 😉

Bye!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...