Jalan-jalan kat San Francisco haritu kami bertuah sebab dapat jumpa sebuah restoran yang menghidangkan menu selain daripada menu arabic dan indian. Jemu dah tekak mak yong masatu asyik makan rempah, dahlah baru beberapa minggu pregnant. Still mabuk.
Kami terjumpa nama restoran ni daripada aplikasi Zabihah. Restoran Bang San Thai yang menghidangkan menu Thailand yang halal dan sedap-sedap. Alhamdulillah 🙂
Alhamdulillah.. 2, 3 kali jugalah kami berpeluang makan di situ. Memang puas hati walaupun mungkin agak pricey, tapi kalau mak yong ni tak makan, takde energy lagilah haru trip, kan? Kat sini juga ada service delivery. Ambik je no fon tu dan buat order, mereka akan deliver ke tempat kita menginap. Nak tau lebih lanjut tentang restoran ni boleh buka website mereka.
Kalau sesekali nak kembali ke selera Pakistani, boleh cuba restoran-restoran yang ini pula ya 😉
Lepas daripada San Francisco, kami kembali ke Los Angeles. Di sana takde dah jumpa makanan sedap macam kat Bang San Thai ni dah.. so, hari-hari makanan kebab aje lah. Memang badan jadi sihat dan fit bila travel sebenarnya, selain daripada hati kita lebih tenang, relaks dan dapat banyak pengalaman serta pengetahuan baru. Yang penting siapkan tabung travel kita untuk aktiviti begini bersama keluarga.
#MakAnak4