Kelas Asas Shaklee Team Fighters

Kata Socrates,

“The secret of change is to focus all of your energy, not on fighting the old, but on building the new.”

Atas sebab inilah maka saya tetap gigih untuk melahirkan lebih ramai leader baru di bawah empayar SCH. Seronok rasanya dapat membantu lebih ramai orang mendapat apa yang saya dapat bersama Shaklee, terutama bab kebebasan masa. Paling penting, bagi teman-teman wanita saya, masa berharga mereka bersama suami dan anak-anak. InshaALLAH.

Untuk itu, pada 5 Januari yang lepas, syukur alhamdulillah saya berjaya mengadakan Kelas Asas pertama bagi tahun ini, khusus untuk team Fighters SCH. Siapa team Fighters? Mereka adalah buah hati saya, pelapis barisan leaders SCH, inshaALLAH.

Alhamdulillah, asalnya saya plan mahu buat kelas basic ekslusif sahaja, limited kepada 10 orang anakcucu yang serius, namun sambutan amat menggalakkan sehingga menjadi 30 orang (tak termasuk suami dan anak-anak) hadir pada hari tersebut. Semuanya bersemangat belaka mahu menjadikan business Shaklee sebagai medium untuk melompat keluar daripada zon selesa masing-masing.

Kelas asas ini saya khususkan kepada panduan untuk memulakan dan menjalankan business Shaklee secara online. Saya dibantu oleh dua orang anak buah Shaklee saya, Wani dan Nora. Kedua mereka adalah Leaders di bawah team SCH.

InshaALLAH selepas ini, saya dan suami akan sambung program Supermom Extended Tour kami, untuk terus mencurahkan ilmu dan memberikan semangat serta motivasi buat mereka yang berniat mahu berubah keluar daripada zon selesa masing-masing.

Buat team Fighters tersayang, all the best untuk kalian semua!! InshaALLAH boleh! 😉

Kelas Asas Shaklee Supermom

Kelas Asas Shaklee Supermom Fighters

“Your life does not get better by chance, it gets better by change.”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...