Jelajah Sentuh Hati Team Shaklee Pantai Timur

Asalnya saya mahu menunaikan janji saya pada salah seorang cucu saya di Terengganu, Habiah Abdul Kadir, iaitu untuk menziarahi beliau sambil buat sedikit personal touch. Kebetulan, kami pun ada ‘hutang’ hadiah last cycle dengan Biey. Tapi, alhamdulillah.. trip kalini ALLAH bukakan ruang dan peluang untuk kami bersua-muka dengan beberapa orang anakcucu Shaklee di pantai Timur. Ad hoc juga kiranya namun beberapa business leaders kami berjaya juga bertentang mata dengan kami.. cewah!

Terengganu Day 1 – Group Coaching di Restoran Seri Wangsa

Sehabis closing Oktober yang hebat baru-baru ni, kami bergerak ke Kuala Terengganu dengan menaiki pesawat FireFly. Hampir kami terbabas ditinggalkan flight tapi alhamdulillah sempat juga. Jenuh juga kot nak tunggu next flight kan? Dah le flight pagi Sabtu tu kami ambil yang jam 7.20 AM. Setiba di sana, kami terus sewa sebuah kereta untuk kegunaan selama 3 hari (trip sampai pagi Selasa). Bestnya, kami dapat sewa kereta Ixora enjin turbo yang baru! 😉

Usai sarapan keropok losong, kami checked-in di Hotel Grand Continental  sehingga waktu zuhur sebelum sessi meet-up petang itu bersama Biey dan beberapa orang ahli team Shaklee beliau.

GANU15

GANU14

GANU13

GANU12

 

Alhamdulillah. 3 jam yang padat dengan perkongsian ilmu dan pengalaman masing-masing. Seronok dengar teknik anakcucu masing-masing buat biz. Nak tau tak.. first impression saya dan suami, orang pantai timur memang hebat aura bisnesnya 😉

Terengganu Day 2 – Muzium Negeri dan Batik Terengganu Pasar Payang

Terakhir saya follow suami ke Kuala Terengganu entah bila pun saya lupa. Masa tu suami outstation dan saya takmo tinggal, so, terpaksalah suami ‘angkut’ saya dan Icha. Dulu, fulus tak berapa ada tapi sempatlah juga masatu rembat sepasang batik Terengganu yang hampir RM1000 harganya. Sampai sekarang masih cantik dan ekslusif tau.

Hari kedua kami asalnya plan nak jumpa cucu bernama June Mohd tapi sebab haritu Ahad dan hari bekerja maka cancel. Plan datang ke rumah Biey juga cancel atas sebab-sebab tertentu. So, saya contact sorang lagi susur-galur saya di bawah Master-2-Be Nur Salwa Ishak yang sedang berpantang, Lieya Kamz. Tapi saya beritahu Lia kami nak lawat Muzium Negeri terlebih dahulu. Lagipun Lia nak ke klinik.

Dipendekkan cerita, plan nak lawat Lia pun tak menjadi. Tapi, kami berjaya shopping beberapa pasang batik Terengganu di Pasar Payang.

GANU04

GANU03

GANU01

GANU00

 

Terengganu Day 3 – Jerteh, Lawat Baby Baru dan Restoran Chilada

Hari terakhir di Kuala Terengganu sebelum pulang ke Shah Alam esoknya. Pada hari ini, kami bersarapan awal di hotel. Oh ye! Kalau nak tau, sarapan pagi di Hotel Grand Kontinental ni best! Saya sebagai ibu mengandung puas hati kiranya especially menu bubur. I feel home gitu 😉

Okey, back to business. Lepas sarapan, kami terus drive ke Jerteh untuk bertemu sahabat lama saya, iaitu Dr Safiya Amaran, yang juag merupakan sala seorang star leader di bawah empayar kami. Upline beliau juga kawan batch saya, iaitu Khairani Bahauddin a.k.a Mrs RedComel. Actually, Dr Safiya menetap di Kota Bharu namun untuk adil (cewah!), beliau syorkan kami bertemu di tengah-tengah iaitu di Jerteh.

Alhamdulillah.. semuanya dipermudahkan ALLAH. Timing tak lari sangat dan tempat bertemu pun senang jumpa sebab Dr Safiya juga bijak gunakan konsep “mercutanda” masa bagi direction. Satu skill leadership tu tau.. 2 jam pertemuan dua sahabat lama yang terpisah hampir 14 tahun sangat mengujakan. She still my Safiya yang sangat ambil berat pasal saya.. Sob.. Sob.. terharu. Hehe.

Tapi paling saya dan suami teruja dan terharu haritu sebab Dr Safiya yang dalam keadaan hamil tu, datang jumpa kami drive sorang-sorang dari Kota Bharu ke Jerteh bersama tiga orang anak kecil;  yang mana menurut beliau amat jarang beliau buat demikian. Tapi sebab nak menuntut ilmu dan nak jumpa saya atas dasar persahabatan, dia gagahkan juga. See? Target mengatasi alasan.

Lepas jumpa Dr Safiya, kami terus balik ke Kuala Terengganu sebab saya dah janji nak jumpa Lia petang tu. Sempat pulang ke hotel semula untuk selesakan diri, lepas tu kami keluar semula. Alhamdulillah, Lia ni pun salah seorang Leader kami juga. Very strong women. Rupanya the day before dah drive balik ke rumah dari klinik. Biasalah orang berpantang dengan Shaklee memang lasak tapi sihat.

Sempat coaching dengan Lia beberapa aspek penting untuk bantu beliau kembangkan empayar dan clearkan target. Nanti habis pantang hopefully boleh jumpa team Lia lak k?

Seusai jumpa Mak Tang Lia, kami pusing-pusing shopping borong keropok losong dan sempat lagi saya beli batik Terengganu lagi. Hahaha. Saya ni tak kaki shopping pun, tapi kalau dah dibawa masuk kat kedai best tu sorry lah tak beli apa-apa. Lepas shopping terus aje kami ke Restoran Chilada untuk next meet up dengan anak buah Shaklee kami Wan Zainab (nama Facebook Anna Annasuha) pula. Rupanya, Che Wan bawak sorang lagi anak beliau untuk sessi ramah mesra dan coaching santai malam tu iaitu Farhana Syamsul. Best berkenalan dengan mak dara berdua ni tau!

Alhamdulillah.. sambil makan ikan siakap stim yang sedap tu sambil coaching. Bersemangat mereka menerima ilmu, bersemangat juga kami berkongsi rahsia kejayaan dalam biz Shaklee. Mudah-mudahan Allah permudahkan jalan mereka dalam bisnes Shaklee ni. Ameen.

GANU06

GANU07

GANU08

GANU09

GANU010

 

Terengganu last day ; kembali ke Subang

Alhamdulillah.. selesai trip pantai timur kami kali ni. Hopefully next time dapat buat big gathering pula dengan anakcucu Supermom di daerah sini. InshaALLAH.

GANU11

Wakil Trusted Shaklee anda di pantai timur (TBU)

Salam Mesra,

Mami Hadha

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...