Dah habis baca Surah al Kahf?
Pernah dengar tak term “Islamic Eschatology“? Bagi follower saya dan suami di Facebook, tentu tahu bahawa kami dah mula mendalami ilmu akhir zaman sedari bulan Ramadhan tahun 2011 dahulu. Terima kasih kepada Sheikh Imran N. Hossein yang banyak membuka minda, hati dan mata kami tentang ini. Terima kasih juga buat upline Shaklee kami, Master Lyna Zainul yang hadiahkan iPad2 sempena kami ‘menang’ cabaran Leadership yang mereka anjurkan pada tahun tu. Semuanya sebab suami rajin layan video-video agama di Youtube sehingga kami bertemu penerangan Sheikh tentang Riba’ yang tidak dapat kami sangkal langsung hakikatnya!
Tapi entri harini bukan nak cerita bab Islamic Eschatology mahupun bab Riba’. Saya nak share, salah satu surah dalam Al Quran yang penting kita ambil tahu berkenaan akhir zaman ini ialah Suratul Kahf (sebutan betul ‘Kahf” bukan ‘Kahfi’). Ada banyak kisah dan teladan di dalam surah ini yang dah pun wujud kini. Diingatkan untuk diri saya dan semua, akhir zaman itu bukan esok atau lusa, tapi kita dah pun berada dalam zaman itu.
Saya bercadang mahu mulakan siri perkongsian penulisan Islamic Eschatology di blog ini, bukan daripada pandangan mata saya semata-mata.. inshaALLAH. Semoga saya kuat untuk menulis tentang ini dan tidak berkongsi ilmu yang salah. Saya dan suami juga masih belajar dan akan terus belajar.
Kita mulakan siri ini dengan mengetahui 3 rahsia atau kelebihan membaca Suratul Kahf pada hari Jumaat. Saya senaraikan dengan ringkas.
مَنْ َقَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ لَيْلَةَ الْجُمْعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّوْرِ فِيْمَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْبَيْتِ الْعَتِيْقِ
مَنْ قَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ فِي يَوْمِ الْجُمْعَةِ سَطَعَ لَهُ نُوْرٌ مِنْ تَحْتِ قَدَمِهِ إِلَى عَنَانِ السَّمَاءَ يُضِيْءُ لَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَغُفِرَ لَهُ مَا بَيْنَ الْجُمْعَتَيْنِ
Imam Muslim meriwayatkan dari hadis al-Nawas bin Sam’an yang cukup panjang, yang di dalam riwayat tersebut Rasulullah saw bersabda,
“Maka barangsiapa di antara kamu yang mendapatinya (mendapati zaman Dajjal) hendaknya ia membacakan atasnya ayat-ayat permulaan surah al-Kahfi.”
Imam Nawawi berkata,
“Sebabnya, kerana pada awal-awal surah al-Kahfi itu tedapat atau berisi keajaiban-keajaiban dan tanda-tanda kebesaran Allah. Maka orang yang merenungkan tidak akan tertipu dengan fitnah Dajjal.”
Demikian juga pada akhirnya, yaitu firman Allah:
“Maka apakah orang-orang kafir menyangka bahwa mereka (dapat) mengambil hamba-hamba-Ku menjadi penolong selain Aku? . . .” (Al-Kahfi: 102)
Sekian entri pertama. Jika ada sebarang salah silap, komen atau penambahbaikan, mohon komen di ruangan yang disediakan.
Terima kasih.
Salam sayang,
Hadhatina&Mkb