Iftar Bersama Masters Haji Roslan di Restoran Al Rawsha

Alhamdulillah.

Walaupun hanya dengan berstatuskan work-at-home-mom dan work-at-home-dad, saya dan suami jenuh juga mengisi jemputan iftar Ramadhan. Syukur. Rezeki Allah tu ada di mana-mana. Nak tak nak ambik je sebab bahagian kita memang ada setiap hari.

Terkini semalam, pada 18 Ramadhan 1434 (27 Julai 2013), kami mendapat undangan iftar oleh salah seorang mentor kami juga, orang lama dalam bisnes Shaklee, iaitu Masters Haji Roslan. Iftar kalini diadakan di Restoran Al Rawsha, 8 Jalan Kampung Pandan, KL. Makan nasi arab (rezeki hubby kebetulan dia memang teringin nak makan nasi arab baru-baru ni)

Kali ini, saya jemput bersama dua orang anak saya, Ainul dan Nurul, dua bakal leaders besar cycle ini, inshaALLAH. Yang lain pun ada, tapi ada kekangan masa dan jarak. Next year harus join tu. Haaa… barulah best iftar bawak anak-anak kan? Ni mommy dan daddy nye lone ranger la ke sana ke mari 😉

Sebenarnya, majlis iftar ni bermula awal, tapi kami bertiga keluarga gerak lewat sikit. Sebelum berbuka puasa ada sessi tazkirah dan sedikit sharing terlebih dahulu. Masa kami sampai, ngam-ngam Masters Haji Roslan sedang sebut nama saya dan suami. Kami berbuka puasa, solat Maghrib, sambung makan sambil sessi ramah mesra dan bertukar-tukar pengalaman serta tips berjaya dalam Shaklee. Anak-anak Shaklee macam biasalah berlari-larian di sana sini.

Turut hadir ialah barisan seniors dalam bisnes Shaklee termasuk bonda mertua kepada kakak angkat tersayang, Masters Norita Idris, iaitu Hajjah Salwa. Kalini saya, Nurul dan Ainul tak lepas peluang bergambar dengan beliau. Suami saya pula sempat temuramah Master Haji Roslan untuk minta petua ‘tahan lama’ dalam business Shaklee. 20 tahun tau dengan segala kisah jatuh bangun dan suka duka bersama Shaklee. Tunggu saya upload di channel vlog 🙂

Geng-geng Shaklee internet pun ramai yang hadir. As usual Masters Farah Alias yang vogue selalu tu, Masters Farah Wahida yang comel, dan tak lupa master fresh dari oven, Masters Farihah, serta beberapa orang lagi.

Alhamdulillah. Memang banyak ilmu dapat semalam, bukan setakat kenyang. Antara lain tips murah rezeki oleh Hajjah Salwa sendiri. Paling saya ingat ialah tentang ..

.. duit (bonus) yang kita dapat bukan semuanya milik kita. Dalam tu ada hak-hak orang lain juga. So, berikanlah hak-hak orang lain yang ada pada kita tu kepada mereka semula.

3 tahun lepas, perkara yang sama suami saya ajar pada saya juga sebenarnya. Kata suami, kita ni bertuah terpilih jadi perantara untuk sampaikan hak (rezeki) orang lain. Alhamdulillah 🙂

Suasana sekitar iftar semalam.

Restoran al Rawsha, ramadhan buffet

Ramadhan buffet

Masters Haji Roslan

Masters Haji Roslan

Antara yang hadir. Lebih kurang 75 orang.

Antara yang hadir. Lebih kurang 75 orang.

Kat sini pun ada kids playroom :)

Kat sini pun ada kids playroom 🙂

Sempat bergambar dengan Hajjah Salwa

Sempat bergambar dengan Hajjah Salwa

Gambar grup wajib usai sessi makan-makan :)

Gambar grup wajib usai sessi makan-makan 🙂

Dan nantikan vlog kami…

Tips rahsia 'tahan lama' :)

Tips rahsia ‘tahan lama’ 🙂

InshaALLAH mudah-mudahan tahun depan dapat join lagi 🙂

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...