[VIDEO] Cuti-cuti Siem Reap, Cambodia [Jun 2013] – Bahagian 1

Seperti tahun-tahun sebelumnya, sambutan ulangtahun perkahwinan kami memang dirancang supaya mencabar. Tiada candle light dinner, limpahan hadiah mewah apatah lagi ucapan penuh romantis.

Kami akan travel ala-backpacking pada minggu wedding anniversary kami!

Bermula tahun 2010, pengembaraan bermula di Pulau Langkawi sahaja. Tanpa dirancang, petang 12 Jun 2010, suami tercinta pulang awal dari kerja dan bertanya saya mahu sambut anniversary di mana?

No idea. Saya tak mengharap apa-apa sebab tahu kekangan waktu beliau. Namun, petang itu juga kami bertolak ke Langkawi, menaiki kereta.

Tahun 2011, perancangan setahun awal, tiket PERCUMA penerbangan Air-Asia, kami sambut ulangtahun perkahwinan di India. Golden Triangle kami jejaki pada suhu 45 darjah celcius, Icha yang baru berusia setahun dua bulan, dan saya sendiri hamil 4-5 minggu! Hebat? Memang hebat.

Tahun 2012, juga dengan penerbangan budget Air Asia, kami ber’backpacking’ dan ber’babywearing’ di Bandar Ho Chi Minh, Vietnam, bersama dua orang anak kecil. Menaiki bot di Sungai Mekong, dengan kaki yang melecet gara-gara silap pilih kasut travel.. dan kedua-dua anak yang masih menyusu badan.

Tahun ini pula, pada 10 Jun hingga 14 Jun baru-baru ini, kami ulangi aktiviti tahunan kami di Siem Reap, Cambodia. Kali ini, sekali lagi saya travel dalam keadaan hamil 5 bulan. Cuma awal-awal kami dah set dalam minda, biarlah trip kali ni free and easy aje. Itupun sempat juga kami merasa naik tuk-tuk di Siem Reap semasa hujan lebat. Rezeki kami anak-beranak. Alhamdulillah.

Seperti biasa, kami memilih travel dengan flight Air Asia sahaja. Tiket ini kami beli awal-awal semasa promosi hebat dibuat.

Kali ni, alhamdulillah.. rezeki lebih dengan bisnes Shaklee, saya gesa suami booking suite di hotel 5 bintang. Bukan nak bermewah-mewah tapi ada rezeki lebih, why not saya gunakan untuk entertain anak-anak saya. Kami menyewa di Borei Angkor Resort and Spa. Hotel kami booked awal-awal through agoda.com. 60% discounts. Memang berbaloi!

Satu lagi kelebihan sewa suite ialah saya boleh hadam cara mereka membuat susun atur perabot dan hiasan bilik. Nanti dah ada rumah sendiri kan best?

Memang cantik. Tapi yang penting, anak-anak saya selesa nak berehat selepas seharian dibawa travel. Alhamdulillah, makanan pun okey sangat. Jenuh kami sekeluarga makan buah-buahan fresh setiap hari. Siap ada tembikai non-gmo tau! Memang balik Malaysia kali ni badan sihat aje.. tidaklah keletihan seperti trip yang lepas-lepas.

Antara tempat yang kami lawati ketika di Siem Reap semestinya Angkor Wat (must visit), naik gajah di sekitar Angkor Thom dan melawat ‘kuil di tengah hutan’ Angkor Tha Prohm (Lara Croft Tomb Raider); night market ; National Museum; tasik Tonle Sap melawat anak-anak yatim dan kolam buaya; dan juga menikmati Apsara Show yang mewah. Cuma saya agak terkilan kerana dapat shopping souveniers dua kali aje gara-gara kekangan cuaca. Masa tu musim hujan di Siem Reap.

Baiklah. Sebenarnya suami saya dah pun upload gambar-gambar percutian kami di Facebook beliau. Tapi paling menarik, video pengembaraan kami di Siem Reap (Bahagian 1) dah pun ada di chanel YouTube kami. So, kalau nak tahu lebih lanjut, jemputlah view video edisi istimewa ni.

siem_reap_mealshakes_edited-1

Enjoy!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...