BUKAN “MASTER COORDINATOR SHAKLEE” PENGHUJUNG CERITA

Assalamualaikum W.b.t.

Terlebih dahulu ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Master Hadhatina ataupun panggilan mesra Mami Hadha kerna menjemput saya menulis di dalam blog kesayangan beliau ini. Berbesar hati menerima undangan beliau…saya ingin kongsikan apa yang saya rasakan, apa yg saya harapkan dari perjalanan hidup dan bisnes saya dalam Shaklee. Jemput baca….

Pejam celik pejam celik rupa rupanya dah setahun 8 bulan saya bergelar Shaklee Independent Distributor. Rasa macam baru semalam isi form daftar ahli .. hehehe

Dah lepas pun National Conference buat kali kedua dlm hidup saya. Teringat lagi masa hadir NC 2012/2013….masa tu masih SR Supervisor….masih terpinga2 tengok org amik award..dan masa tu masih tak kenal lagi dengan sesiapa…adalah 2-3org yg saya kenal….tapi masih malu2 nak bertegur sapa. NC tahun tu saya dpt 1 award. Alhamdulillah…tapi byk yg saya belajar dari 1st NC yg saya hadiri tu. Banyak inspirasi dan motivasi yg saya temui. Dan saya dapat panduan untuk mendaki lebih tinggi lagi dlm bisnes saya. Azam yg saya tanam utk dpt 5 award…tapi Allah beri saya 8 award di NC kali ni…alhamdulillah…
Ok tak nak citer pasal NC sbb citer pasal tu anda boleh baca kat Entry saya “ Rusuhan di Sunway Convention Center”. Saya nak cerita tentang apa harapan dan perancangan saya untuk masa depan dlm Shaklee. Nak tahu tak apa harapan saya dimasa depan? Harapan selain untuk diri saya dan keluarga, harapan selain untuk membina keselesaan saya dan suami. Saya yakin dengan izin Allah SWT, dengan adanya bisnes Shaklee ini saya boleh merealisasikan harapan dan impian saya. Insyaallah…
Takper kalau ada yg meluat atau mencebik dengan apa yg akan saya katakan ini…saya tetap senyum jer waktu menaip ni…hihihi…sbb dlm minda saya sekarang penuh dengan visual saya 1 tahun dari sekarang, 5 tahun dari sekarang, 10 tahun dari sekarang dan seterusnya… 🙂 . Harapan saya nak….
dream big

Impian saya sangat besar, Master Coordinator adalah permulaan ..

 

1. Menjadi penyebar cas2 positif kepada semua manusia dan makhluk disekitar saya.

Saya tahu, tak perlu ada title Master Coordinator untuk menyebarkan aura positif pada rakan2 sekeliling saya. Tapi saya mahu aliran tenaga positif itu terus mengalir dari satu tubuh ke satu tubuh yg lain sekaligus menyebabkan dunia ini aman, bertenaga dan indah! saya mahu orang kenal saya sebagai seorg yg positif dan kental, bukan seorang yg mudah down, mudah menyalahkan org lain dan mudah mengaku kalah! No its not me…saya mahukan.. biar sepotong ayat yg saya katakan, memberi semangat dan harapan pada orang lain. Kerana, pada saya semua orang berhak untuk bahagia dan berhak untuk hidup positif!
inspiring quotes nurqaseh

Saya mahu menjadi inspirasi

 

2. Membimbing ramai lagi peniaga2 melayu khususnya, dan peniaga islam khasnya dalam menjana pendapatan melalui Shaklee.

Shaklee, satu2nya syarikat jualan langsung yg saya temui mengikut ciri2 yang saya inginkan, group yg bagus  dan mengikut syariat. Keberkatan menjadi keutamaan. Produk yang berkualiti dan halal menjadi tunggak utama perniagaan ini. kami tidak diajar untuk berhutang, stock front loading kemudian simpan brg bawah katil…tidak…tidak…kami diajar supaya menjual, berlaku jujur dengan customer dan ada transaksi jual beli yang nyata. Bukan jual air liur atau menjadikan kereta mewah dan banglo hutang sebagai umpan. Tidak sama sekali. Saya ingin buka peluang agar lebih ramai lagi saudara sebangsa dan seagama saya hidup selesa, bebas hutang bukan buat hutang…dan punya lebih masa bersama keluarga…jadi Work At Home Mom (WAHM) yang menjana pendapatan hanya dari rumah. Insyaallah.
zig ziglar on true joy

Help others to help others to help others

 

Ok, cukup dulu 2 impian besar saya untuk masyarakat sekeliling saya (bukan untuk saya, tapi datang dari saya) harap rakan2 sama2 mendoakan…sama2 fikir secara positif apa yg saya sampaikan…insyaallah, doa2 kalian juga akan menjadikan impian saya satu kenyataan…destinasi saya bukan Master Coordinator, tapi lebih jauh dari itu…impian saya bukan pada title…sbb title itu saya pasti akan dapat suatu hari nanti sama ada cepat atau lambat…tapi apa yg saya impikan adalah lebih besar dari itu. Master Coordinator bukanlah penghujung cerita perjalanan hidup saya…anda boleh baca tulisan2 saya yg lain di blog saya www.i-cantiksihat.blogspot.com dan insyaallah nantikan entry2 saya yg seterusnya. Sekian terima kasih
YOU ARE WHAT U THINK!
Noor Azmiah Mohamad
Admin and Founder GMF Group
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...