5 Sebab Anda Perlu Dream Big!

Dream big. Selalu sangat kan kita dipesan supaya Dream Big. Tak susah pun sebab untuk berimpian tak perlukan apa-apa bayaran. Cuma berani tak berani je lah. Ada impian bukan maknanya kita berangan atau berkhayal, tapi ia menandakan kita ada tujuan dan maksud dalam hidup dalam kehidupan, dan kita tahu apa yang perlu anda dapat. Bukan sekadar berserah pada takdir. Impian akan membuat kita berusaha, berdoa dan bertawakkal.

Tapi saya mahu stress di sini sebab kenapa kita perlu berimpian besar.

  1. Keinginan mencapai impian membuatkan kita kenal siapa diri kita. Macam saya bagitau awal-awal tadi, adanya impian menandakan kita ada tujuan dalam hidup. Bagi yang Muslim, akhirnya kita mahu masuk ke dalam syurga, kan? Jadi, dalam usaha mencapai impian itu, pastinya kita sentiasa patuh pada perintah dan larangan ALLAH swt, yang akhirnya membuat kita kenal siapa diri kita dan fungsi kita diciptakan di muka bumi ini. Bahagia yang mutlak akan tercapai apabila kita kenal diri kita sendiri, kerana kita tahu apa yang penting dan tak penting untuk kita buat dalam hidup.
  2. Dream Big adalah pilihan. Boleh pilih mahu Dream Big atau Dream Small. Tapi sebab untuk berimpian tidak ada sebarang bayaran, why not Dream Big? Cabaran dan halangan itu lumrah, even apabila kita takde impian langsung pun banyak cabaran kan?
  3. Kita akan dapat lebih banyak perkara dalam hidup disebabkan kita Dream Big. The bigger the dream, the bigger the responsibility, the bigger the effort, and the bigger results we will get (inshaALLAH).
  4. Daripada Brian Tracy, “All self-made millionaires begin with a dream of something wonderful and different from what they have today. You know the song that says, “You have to have a dream if you want to make a dream come true.” It’s true for you and for everyone else, as well.

Pernah dengar tak quotes ni?

“Reach for the stars so if you fall, you land on a cloud”

Ini Master (Presidential) Nur Laila, salah seorang daripada successful Shaklee WAHM. Beliau terpilih untuk berkongsi kisah cinta beliau dengan Shaklee semasa Shaklee National Conference 2014 baru-baru ini.

Dream Big, Inspiring speech by PM Nur Laila

Inspiring speech by PM Nur Laila

Ini sebab ke-5 kenapa kita perlu Dream Big 🙂

Antara quotes yang menusuk hati setiap yang hadir pada hari itu ialah, “Jika impian sebesar gajah, anda akan nampak halangan sebesar kuman. Jika impian sebesar kuman, anda akan nampak halangan sebesar gajah!”

So DREAM BIG!

Luv,

Hadhatina Mkb

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...