[VIDEO] Tips Urus Masa WAHM Yang Sangat Mudah

Pengurusan masa boleh dikatakan sebagai salah satu subjek penting yang perlu dikuasai oleh semua orang. Masa yang teratur kita boleh kaitkan dengan disiplin diri, adanya sasaran dan matlamat dalam hidup, serta ia juga boleh dikaitkan dengan keberkatan masa.

Cuma, fokus saya lebih kepada pengurusan masa WAHM (Work At Home Mom). Dalam entry kali ini, saya kongsikan satu lagi vlog saya tentang tips WAHM dengan kata kunci tips pengurusan masa WAHM.

Keadah yang saya gunakan simple sahaja. Terima kasih kepada idola WAHM saya, kak Masayu Ahmad atas panduan pengurusan masa dalam buku beliau “Jana RM Dari Rumah“. Saya sesuaikan tips yang beliau kongsikan dengan kehidupan harian saya.

Saya membahagikan masa sehari saya kepada 4 bahagian :-

  1. RUMAHTANGGA : kemas dan hias rumah, masak, kain-baju dsb.
  2. KELUARGA : kebajikan dan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu
  3. BUSINESS : customers dan anak-anak buah Shaklee, coaching, order, pos, update blog/fb/ig, kewangan dsb
  4. PERIBADI : ibadah, tambah ilmu, spa, dsb

So, apabila saya dah ada bayangan urusan-urusan harian yang saya perlu laksanakan, maka jadual harian saya menjadi lebih teratur. Terbaik, bagi yang baru mahu memulakan karier sebagai WAHM ataupun SAHM, saya sarankan TULISLAH jadual waktu harian anda. Follow. InshaALLAH apabila anda sudah terbiasa, ianya akan menjadi rutin.

Link channel YouTube saya http://www.youtube.com/user/hadhatina

Selamat mendapatkan masa optimum anda! 😉

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...