[VIDEO] 3 Tips Mudah Bisnes Dari Rumah

Assalamualaikum

Berbisnes daripada rumah adalah satu fenomena yang melanda ramai wanita dewasa ini, lebih-lebih lagi dalam era Internet ‘terpantas’ berlumba-lumba menonjolkan diri masing-masing. Lebih hebat, apabila bisnes yang dijalankan menghasilkan income lebih mahsyuk daripada kerjaya di pejabat, maka ramai yang memilih untuk terus berada di rumah. Tambahan pula, berbisnes dari rumah memberi peluang untuk mengatur jadual harian dengan lebih selesa dan optimum, bukan sahaja untuk diri sendiri malahan untuk suami dan anak-anak.

Entry kali ni saya mahu kongsikan beberapa tips berbisnes daripada rumah. Bukan mudah ya menjalankan bisnes daripada rumah. Seingat saya, kerana begitu serius menjalankan bisnes Shaklee, sudah hampir 8 bulan saya tak tahu telenovela terkini di kaca tv. Masa saya memang untuk bisnes dan keluarga sahaja. Sampaikan shopping pun berkaitan bisnes dan keluarga sahaja. Terkini, suami tegur vlog saya semua baju dan tudung yang sama ahaks! 😀

Okey! 3 Tips ringkas daripada saya apabila menjalankan bisnes daripada rumah.

1) Tetapkan niat dan matlamat kenapa memilih untuk berbisnes daripada rumah.

Matlamat yang jelas akan membantu kita kekal fokus. Fokus ini penting supaya kita dapat terus bergerak ke arah sasaran yang betul, jadi kita semakin hampir dengan matlamat.

Contoh : Dalam bisnes Shaklee anda mahu jadi Master pada bulan Oktober 2013. Tuliskan matlamat ini di atas sehelai kertas. Tampal di tempat yang anda memang akan lihat setiap hari. Minda sub-concious akan sentiasa membantu anda mempunyai visi tentang impian Master anda itu. Review dan renew matlamat ini selalu untuk track the progress.

2) Mempunyai jadual waktu, harian/mingguan/bulanan.

Ini penting kerana jadual membantu anda mencipta rutin. Rutin tercipta hasil disiplin diri kepada jadual yang dibuat. Masa anda juga jadi lebih berkualiti kerana ia digunakan dengan optimum

Satu lagi, pastikan bekerja tengok jam. So, kemungkinan untuk buang masa kurang 40%.

3) Tidak terlalu cerewet.

Rumah bersepah, baju tak berlipat, buku tak tersusun, memasak adalah antara kecerewetan yang melanda kaum wanita yang menjalankan bisnes daripada rumah. Berhenti! Anda boleh leverage perkara ini kepada orang lain sambil dapat bersedekah kepada mereka.

Contoh : Ambik domestic maid at least sebulan sekali. Hantar baju yang leceh ke dobi. Ajak suami dan adik-beradik siapkan bahan-bahan mentah masakan di hujung minggu.

So, itu sahaja 3 tips daripada saya. Now jemput view dan dengar apa pula kata surirumah-surirumah lain yang sama menjana income 5-6 angka tanpa mengabaikan urusan rumahtangga mereka. Terima kasih tak terhingga atas suami tercinta untuk vlog ini. You are always my hero! 😉

Enjoy!

Jangan lupa rate, comment dan subscribe ke channel YouTube saya untuk mendapat update video-video terkini 🙂

Sekian. Semoga bermanfaat!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...