Update 20 Hari Berpantang

Alhamdulillah… sedar tak sedar dah selamat 20 hari saya dan Bella menjalani proses berpantang. Tapi, dah lebih kurang 10 hari berpantang di rumah emak saya ni, tak rasa macam berpantang sangat pun, meski rutin berpantang yang wajib seperti mandi air suam, berlulur, bertungku, ber’girdle’, berpilis, berparam saya konsisten amalkan ; serta menjaga pergerakan anggota tubuh. Sebabnya, dari segi pemakanan, emak saya takde ‘pantang’ sangat. Kata emak, semua benda boleh makan asalkan :

  • FRESH
  • TAK AMBIK IKAN-IKAN YG BISA TU
  • TAK AMBIK SAYUR-SAYURAN YG BOLEH BUAT KITA BERANGIN
  • CARA MASAK YANG BETUL & SESUAI UTK ORANG BERPANTANG

Cuma adalah dua kali kot saya makan juga ikan pekasam goreng sebabnya ikan pekasam tu homemade by abah.. so, macam rugi lak kan kalau tak makan? Jamah-jamah sikit je pun.. dan memang sedap pun, cukup segala asam garamnya. 😉

Notes: Tak digalakkan makan ikan masin, pekasam dalam pantang sebab kandungan garam yang tinggi dikatakan boleh mengeringkan darah nifas sebelum masanya (so macam rahim belum cukup bersih) dan boleh menyebabkan darah nifas berbau busuk.

Cuma secara logiknya, ikan masin/pekasam ni membantu sebagai pembuka selera bagi ibu-ibu yang sedang berpantang. Tapi, kalau dah makanannya sedap-sedap, tubuh kita cukup nutrien dan menyusukan anak (fully breastfeed) macam saya ni.. memang sokmo lapar je 😉

Saya bab makan memang cerewet sebab saya sendiri if lambat makan, selain mudah masuk angin.. saya sendiri jadi naik angin. Suami saya dah maklum sangat perangai saya yang satu ni. Sebab tu saya kalau travel taknak dengan orang lain, lagi-lagi kalau takde suami sebab orang lain tak faham saya dan perut saya ni.. plus, saya serik sebenarnya handle Icha kolik dua tahun lepas. Penat kan menguruskan anak kolik (kembung)?

Pagi tadi, pergi checkup 20 hari saya dan Bella di klinik kesihatan di Teluk Intan. Alhamdulillah .. Bella pun last week check bacaan jaundice cuma 6.8 sahaja. Closed case pun. Syukur sangat-sangat both my daughters jaundice di tahap normal dan boleh dikurangkan dengan pemberian susu ibu secara kerap sahaja. Berat Bella tadi pun dah 3.87 kg.

Saya pula dah mula mandikan sendiri Bella dan Icha sekali-sekala sebab inshaALLAH dalam jangkamasa terdekat ni akan pulang semula ke rumah saya di Shah Alam. Yelah.. dah seminggu emak saya uruskan Bella siang malam, Icha pulak Mak Kak dia uruskan .. time tidur je budak-budak ni diserahkan pada saya sebab both girls memang nak nenen dan pelukan saya before tidur.

Alhamdulillah.. so far takde masalah nak uruskan kedua-dua princesses ni sebab both sangat behave dan tak banyak ragam. Dua-dua makin montel lak tu! Bella saya tak hairan sebab dia memang 24 jam lapar.. tapi sejak saya bersalin, selera makan Icha memang bagus. She loves my makanan berpantang so much, since hari saya kat UMRA lagi. TQ ALLAH..

Apapun.. hati saya ni dah mula rasa macam zaman uni dulu, time cuti semester dah nak habis. I’m gonna miss my emak, abah dan adik-adik soooo much! Rasanya sejak kahwin, dah lama saya tak rasa begini relaxed, happy dan yang penting, saya dah lama tak dapat rehat macam ni.. I mean, tak buat apa-apa kerja tanpa rasa bersalah :p

I’m fully recharged, inshaALLAH.

.. dan saya balik ke Shah Alam nanti, saya akan menyambung missi dan tanggungjawab saya untuk menjadi isteri sholehah buat suami yang sentiasa saya rindui, serta ibu yang mithali untuk anak-anak saya. Ameen.

TQ ALLAH!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...