Uniknya Susu Ibu

Alhamdulillah .. anak buah Shaklee saya, Ita, dah pun selamat melahirkan seorang bayi lelaki petang tadi, secara normal. Alhamdulillah ..

Saya sendiri pun baru aje balik dari Poliklinik UMRA ni, routine checkup. Siap buat CTG lagi. So far so good. Dr Karamjit siap bagi petua supaya cepat bersalin. Katanya, memandangkan baby saya ni ‘lebih’ ke sebelah kanan (means kaki, bontot, badan ke kanan) ; so saya digalakkan tidur mengiring ke kanan so that kepala baby yang dah sedia ‘tersangkut’ kat laluan dia tu akan tertolak ke bawah. 

InshaALLAH saya akan buat. Memang saya biasa tidur mengiring ke kanan sebenarnya. Satu lagi, saya pernah terbaca bahawa mengiring ni sebenarnya membantu memudahkan bersalin. Lupa pula rasionalnya.

Baiklah. Malam ni saya nak kongsikan info mengenai penyusuan susu ibu lagi, tentang uniknya susu ibu.

UNIKNYA SUSU IBU

Percayalah bahawa susu ibu itu begitu unik dan tiada tolok bandingnya. Kerana susu ibu…

* sentiasa segar (fresh)
* tersedia dalam suhu yang optimum
* tersedia steril
* tiada pencemaran
* tersedia bila-bila masa
* tiada tarikh luput
* species-specific
* susu yang paling sempurna dan paling lengkap untuk bayi
* hanya diperolehi secara semulajadi apabila melahirkan anak
* mengandungi semua nutrien yang perlu untuk bayi
* mengandungi sel hidup / leukosit, hormon, enzim
* mengandungi antibodi
* mengurangkan risiko jangkitan semua jenis penyakit
* tidak pernah/amat jarang sekali memberi kesan alahan atau alergi
* mudah hadam
* komposisinya berbeza untuk bayi pramatang dan bayi cukup bulan
* komposisinya berbeza mengikut umur bayi
* komposisinya berbeza dalam tiap jam dan hari
* komposisinya berbeza dalam 1 penyusuan (awal dan akhir)
* mencetuskan rasa ketenangan kepada bayi dan ibu (sebab itu selalunya bayi akan tertidur selepas menyusu… dan ibu juga!)

credit to redcomelmall.com

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...